28 November 2011

6ixth sense feat saujana - penerang hati




Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu



Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

25 November 2011

JENIS KAWAN yang patut dikenali

Kawan? berkawan?dengan siapa berkawan?

kawan? apa yang dapat kita faham dengan perkataan tersebut? 


Semua manusia dimuka bumi nie pasti ada kawan..tipulah kalau kita tidak mempunyai kawan..tapi sejauh mana keikhlasan kita berkawan? banyak jenis kawan yang kita dapat lihat dan selami...

1. KAWAN DEMI HARTA
- Kawan jenis nie memang tak boleh pakai..datang bila kita berharta..habis dikikis...die pun lesap entah kemana..kawan jenis ni janji memang pandai dan manis...

2. KAWAN DEMI KEPENTINGAN DIRI
- Kawan jenis ni pun ramai...bila kita berada dalam kedudukan yang tinggi...pasti ramai yang akan mendampingi..bak kata orang : nak tumpang sekaki...tapi kawan jenis nie asyik nak menyusahkan jer...andai hajat mereka tak di tunaikan..pasti macam2 dieorang nie mengata, burukan nama korang n banyak lagi ugutan ..

3. KAWAN YANG IKHLAS
- susah nak dapat kawan yang macam nie zaman sekarang..yerlah kawan macam nie memang ilkhlas berkawan..bukan nak minta apa2 daripada korang...susah senang pasti akan berada disisi korang...selalunya kawan yang mcm ni akan lebih banyak disisihkan...sebab mereka nie jenis yang terlalu sayangkan kawan sampai ada yang menyangka mereka nie JATUH CINTA..

4. KAWAN LUPA KAWAN
- kawan macam nie pun ramai...yerlah kawan lupa kawan nie boleh dikategorikan sebagai kacang lupakan kulit.bila die dah senang..dah ada kedudukan n dah ada kemewahan...die lupakan kekawan yang ada waktu die susah...kawan macam nie selalunya tak sedar diri..die rasa die bagus...bila ajak jumpa pasti tak akan dilayan...biasanya kawan macam nie tak boleh bezakan antara yang bai

5.KAWAN MAKAN KAWAN
- yang nie lagi banyak...kawan makan kawan mcm makan nasi..depan memang baik tapi belakang pijak semut pun tak mati...kawan mcm nie seperti musuh dalam selimut..bahaya kawan mcm nie...biasanya kawan mcm nie senang untuk dapat..sebab selalunya mereka nie pandai berlakon..


oklah shah rasa sampai sini dulu...dah malam nie...nanti ada masa shah akan kongsi lagi yerk...

p/s :apa yang penting bila kita berkawan dan mencari kawan..jangan terlalu memilih dan kita kena tahu tangani semua JENIS KAWAN...baru kita dapat menilaikan yang mana terbaik 





Beza Antara Pendarahan dalam otak dan strok?


Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatanyang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasaAmerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Strok pendarahan

Strok pendarahan, atau pendarahan serebrum, ialah sejenis strok yang terjadi apabila sesuatu salur darah di dalam otak pecah atau berdarah. Seperti dalam kes strok iskemia, strok pendarahan mengganggu bekalan darah otak kerana salur yang berdarah tidak berupaya lagi membawa darah kepada tisu sasarannya. Selain itu, darah merengsakan tisu otak, mengganggu keseimbangan kimia yang mudah rosak dan jika pendarahan berterusan, boleh menaikkan tekanan intrakranium yang menjejaskan tisu otak dan menyekat aliran darah ke otak. Dari segi ini, strok pendarahan adalah lebih berbahaya, berbanding strok iskemia yang lebih biasa berlaku. Terdapat dua jenis strok pendarahan, iaitu pendarahan intraserebrum, dan pendarahan subaraknoid.


Pendarahan intraserebrum

Pendarahan intraserebrum (bahasa Inggeris: Intracerebral hemorrhage (ICH)) adalah pendarahan terus ke dalam tisu otak yang mengakibatkan pembentukan hematoma (pengumpalan darah) yang semakin membesar. Ini biasa berlaku di dalam arteri-arteri kecil atau arteriol-arteriol dan biasanya disebabkan oleh hipertegangan, trauma, gangguan pendarahan, angiopati amiloid, penggunaan dadah haram (amfetamina dan kokaina), dan kecacatan vaskular. Hematoma ini kian menjadi besar sehingga tekanan daripada tisu di sekelilingnya mengehadkan pertumbuhannya atau sehingga hematoma ini menyahmampatkan diri dan mengalir keluar ke dalam sistem ventrikel, bendalir serebrospina (CSF), atau permukaanpia. Satu pertiga daripada pendarahan intraserebrum adalah ke dalam ventrikel-ventrikel otak. Pendarahan intraserebrum mempunyai kadar kematian sebanyak 44 peratus selepas 30 hari, iaitu lebih tinggi daripada strok iskemia atau juga pendarahan subaraknoid yang lebih berbahaya. 

Pendarahan subaraknoid
Pendarahan subaraknoid (bahasa Inggeris: Subarachnoid hemorrhage (SAH)) adalah pendarahan masuk ke dalam bendalir serebrospina (CSF) di ruang subaraknoid yang mengelilingi otak. Dua punca SAH yang paling biasa ialah pecahaneurisme pada pangkal otak, serta pendarahan yang diakibatkan oleh kecacatan vaskular yang berhampiran dengan permukaan pia. Pendarahan ke dalam bendalir serebrospina dari sesuatu aneurisme yang pecah berlaku dengan amat pantas, dan mengakibatkan tekanan intrakranium yang bertambah dengan pantas. Pendarahan biasanya berlangsung hanya selama beberapa saat, tetapi pendarahan semula biasa berlaku. Kematian atau koma yang genting akan berlaku jika pendarahan berterusan. Pendarahan daripada sumber-sumber yang lain adalah kurang mendadak dan boleh berterusan untuk tempoh yang lebih lama. Pendarahan subaraknoid mempunyai kadar kematian sebanyak 40 peratus dalam tempoh 30 hari.

Tanda-tanda strok
Tanda-tanda strok bergantung kepada jenis strok dan bahagian otak yang terjejas. Strok iskemia biasanya hanya menjejaskan bahagian setempat otak yang dirempuh oleh arteri yang sumbat. Strok pendarahan boleh menjejaskan bahagian setempat, tetapi seringnya boleh juga mengakibatkan gejala-gejala sejagat yang disebabkan oleh pendarahan dan pertambahan tekanan intrakranium.

Jika laluan sistem saraf pusat terlibat
Jika bahagian otak yang terjejas mengandungi salah satu daripada tiga laluan sistem saraf pusat — trakus spinotalamus, trek kortikospina, dan turus dorsal (lemniskus medial) — gejala-gejala boleh termasuk:
  • kelemahan otot atau kekebasan (hemiplegia)
  • pengurangan kederiaan sakit atau suhu
  • pengurangan kederiaan getar.
Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala hanya menjejaskan sebelah badan dari leher ke bawah, dan tidak termasuk muka. Kecacatan otak biasanya terjadi pada sebelah badan yang bertentangan (bergantung kepada bahagian otak yang terjejas). Bagaimanapun, kewujudan mana-mana satu gejala ini tidak semestinya merupakan strok kerana laluan-laluan ini juga melalui saraf tunjang, dan sebarang lesi di sana juga boleh mengakibatkan gejala-gejala tersebut.

Jika batang otak terlibat
Selain daripada laluan sistem saraf pusat yang tersebut di atas, batang otak juga terdiri daripada 12 saraf kranium. Oleh itu, strok yang menjejaskan batang otak juga boleh mengakibatkan gejala-gejala yang berkaitan dengan kurangan-kurangan dalam saraf kranium ini:
  • perubahan deria hidu, rasa, pendengaran, atau penglihatan (sebahagian atau sama sekali)
  • kelayuan kelopak mata (ptosis) dan kelemahan otot-otot okulus
  • pengurangan refleks: menjeluak, menelan, kereaktifan anak mata terhadap cahaya
  • pengurangan kederiaan dan kelemahan otot muka
  • masalah keimbangan dan nistagmus
  • perubahan kadar pernafasan dan denyut jantung
  • kelemahan otot sternokleidomastoid (SCM), dengan kehilangan upaya untuk memusing kepala
  • kelemahan lidah (kehilangan upaya untuk menjulurkan lidah dan/atau untuk menggerakkannya ke sebelah)

Jika korteks serebrum terlibat
Jika korteks serebrum terlibat, laluan-laluan sistem saraf pusat juga boleh terjejas, tetapi gejala-gejala yang berikut juga boleh muncul:
  • afasia (kehilangan upaya untuk bertutur atau memahami bahasa, akibat penglibatan bahagian Broca atau Wernicke)
  • apraksia (perubahan pergerakan terkawal)
  • pemikiran tidak teratur, kekeliruan, gerak isyarat hiperseksual (penglibatan lobus frontal)
  • perubahan penglihatan (penglibatan lobus oksiput)
  • kurangan-kurang daya ingatan (penglibatan lobus temporal)
  • hemineglek (penglibatan lobus parietal)

Jika serebelum terlibat
Jika serebelum terlibat, pesakit mungkin boleh mengalami:
  • kesusahan berjalan
  • perubahan kordinasi pergerakan
  • pening kepala
Kehilangan kesedaran, sakit kepala, dan muntah biasanya berlaku lebih kerap untuk strok pendarahan berbanding dengan trombosis, akibat peningkatan tekanan intrakranium daripada darah kebocoran yang memampatkan otak.
Jika gejala-gejala adalah paling teruk pada tahap permulaan serangan, kemungkinan besar puncanya ialah pendarahan subaraknoid atau strok embolus.

Pendarahan subaraknoid

Rencana utama: Pendarahan subaraknoid
Gejala-gejala pendarahan subaraknoid berlaku dengan tiba-tiba, akibat pertambahan tekanan intrakranium yang tiba-tiba. Seringnya, pesakit-pesakit mengalami sakit kepala yang tiba-tiba, dan yang terlalu teruk serta meluas. Sakit ini boleh memancar ke bahagian leher dan kaki, walaupun tidak semestinya. Muntah akan menyusul tidak lama selepas permulaan sakit kepala.
Biasanya, pemeriksaan neurologi merupakan pemeriksaan tak fokus — iaitu perkaitan antara kurangan-kurangan dengan bahagian-bahagian otak yang mengakibatkannya tidak dapat dikenal pasti — kecuali jika terdapat pendarahan masuk ke otak. Gabungan sakit kepala dan muntah tidak biasa ditemukan dalam kes strok iskemia.



24 November 2011

Bersukan? boleh ker?

Assalamualaikum...Selamat petang..

Dah 2 minggu tak tengok singah sana ni...rasa mcm sunyi pula bila tak berkongi entri dengan peminat...urmmmm...ada ker aku peminat ni..hehehehe....(perasan jer...)...tak kisah ada ker tak semuanya tak penting...yang penting aku happy....

Sebenarnya shah dah lama tak jengah sebab menjalani KURSUS BINA SEMANGAT..(LATIHAN SUKAN) sebenarnya...

sebut pasal latihan sukan....sebenarnya shah dah lama tak bersukan...sejak sakit teruk dulu...terus stop...n sekarang nie baru nak berjinak2 bersukan kembali...urmmm...disebabkan shah dah lama tak bersukan n berat semakin bertambah...menyebabkan shah cepat pancit bila buat latihan...namun disebabkan semangat nak bersukan...shah pun tak pedulikan hal ni...shah terus berlatih..

dalam keseronokan menjalani latihan sukan...satu hari tu shah terseliuh..dan akhirnya terpaksalah berehat..SEDIHHHHH...sangat...namun apakan daya...kesihatan tak mengizinkan....

demi kepuasan dan semangat yang tinggi kononya...shah sembuh kembali dalam masa 5 hari...walaupun tak sembuh sepenuhnya...shah tetap kuatkan semangat....untuk teruskan latihan....sehinggalah saat akhir pemilihan...

Walaupun shah tak terpilih untuk beraksi...faktor kesihatan...shah tetap seronok menyertai pertandingan tersebut....

kami bersama jurulatih

hai semua jadi bujang

diner time

Terakhir sekali shah nak ucapkan terima kasih dan semoga jumpa lagi...

bye...bye...




02 November 2011

Saidi oh saidi dah kahwin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

30/10/2011 - Weding SAIDI N HIDAYAH...

Alhamdulilah akhirnya sampai juga aku ke weding kawan baik merangkap skandal yang digosipkan kat treasury...hahaha...bila ingat soal skandal...rasa macam nak berguling2....yerlah bos2 kami yang gosipkan...hehehe...tapi x pe...tu lah gurauan sahaja semata2....

bila pergi weding hari tu...aku rasa seronok sangat dapat jumpa saidi...hai macam tak percaya yang dia dah jadi suami orang...yerlah dulu masa buat kerja....kami ni ting tong...yerlah kerja kami agak stress...sebab kena buat dalam masa yang singkat..

Walaupun si saidi dah kahwin kami tetap kawan yang rapat dan setiasa bantu membantu...
kawan yang boleh jadi abang dan tempat berbincang dalam segala hal....saidi ni nampak sombong...tapi die peramah dan suka tolong orang...aku rasalah aku ler kawan perempuan yang tergejal sikit...

Saidi ni sebenarnya bukan sahaja Mahir dalam bidang it...tapi die seorang guru mengaji n salah seorang iman dekat treasury...ramai kekawan n staf kat treasury panggil die USTAZ...urmmm...tapi aku jer yang rasa die bukan Ustaz...HAHHAA....

alhamdulilah

akhirnya die dah jadi husband orang...yang peting sekarang ni aku doakan perkahwinan saidi kekal hingga akhir hayat...amin....

terima kasih saidi jemput saya....

 
ni saidi..

ni lah wife saidi yang cute tu...
                                                                         



01 November 2011

Dari Novel Ke Filem : OMBAK RINDU


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
hOT nOVEL 



Dulu masa mula-mula baca novel ni aku menagis...

sedih mengenangkan kisah IZZAH yang cekal tapi berani menghadapi dugaanya....

Ombak Rindu ni lah novel yang aku baca berulang kali....BEST...SANGAT BEST...n hope bila dah jadi filem pun best juga.....

hai tak sabar menanti cerita OMBAK RINDU....


JANGAN LUPA YERK....