Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemat cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan Barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun Hati Rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini.
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung WARISAN....
MERDEKA! MERDEKA! ... alhamdulilah dengan nikmat yang diberikan daripada Allah swt. dengan limpah dan kurnianya kali ini kata masih dapat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 57 tahun...Tema yang diberikan untuk kali ini "DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" . Sebelum ini kita hanya mendengar lagu nyayian arwah SUDIRMAN ini tanpa menyelamai maksud yang tersembunyi.Entah kenapa kali ini kak shah terasa sayu bila dengar lagu ni. Sedih bila mengenangkan kejadian yang bertubi-tubi menimpa Negara tercinta.
Selepas kejadian MH370,negara diuji pula dengan kejadian di Sabah dan di ikuti dengan kejadian MH17. Tidak lena Pemimpin tertinggi malaysia memikirkan Ujian yang diberikan oleh Allah swt. Namun banyak bisikan dari telinga yang mengutuk,menghina, dan sebagainya berlaku disaat kritikal ini. Segelintir masyrakat yang berfikiran negatif (haluan kiri) sentiasa membuat tujahan hujah yang tidak berasas. Memburukan malaysia di mata dunia. Membuat sesuatu demi kepentingan diri.
 |
| "Daripada Allah kita datang, Kepadanya jua kita kembali" |
MELAYU MUDAH LUPA.itulah tajuk puisi yang ditulis oleh TUN DR. MAHATHIR. Luahan hatinya dizahirkan dengan puisi ini. Namun mata yang ada, telinga yang ada dan juga akal yang ada tidak digunakan untuk menghayatinya. WANG RINGGIT DAN KEMEWAHAN membutakan semuanya,memekakan semuanya dan mematikan akal yang ada. Tiada ada rasa bersyukur dengan nikmat yang ada, hanya AMARAH DAN inginkan KEBEBASAN tidak bertempat yang diperjuangkan.
Andai bumi MALAYSIA ini musnah. dikala itu baru nak menagis, merintih dan merayu untuk dikembalikan nikmat yang ada. Jangan dikatakan dapat, impian hanya dalam mimpi sahaja.
Perjuangan Islam tidak kena pada tempatnya, berpakaian seolah menipu siapa sebenarnya diri. Gologan cerdik pandai selalu berhujah. Namun tiada isi dalam hujannya, ibarat "TIN KOSONG". Inilah yang berlaku dikalangan manusia yang berfikiran SEKULAR (memisahkan antara agama dan kehidupan). Pemohonan melonggarkan akta yang berkaitan dengan GAY,LESBIAN DAN MURTAD, hebat diperjuangkan. Entah apa yang dibutakan kak shah pun tak tahu. Secara terang-terangan hal ini tidak boleh di beri ruang. Tapi si buta tuli sebuk menperjuangkanya.
MERDEKA menurut KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, Merdeka ialah Bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan atau berdiri sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.
Walaupun Malaysia sudah merdeka selama 57 tahun, tapi malangnya tidak semua rakyat turut merdeka, dikalangan generasi Y. Mereka selalu angkuh dengan diri, kerana berjaya ke menara gading. Pada hakikatnya mereka lupa yang mereka itu sebenarnya masih tersekat cara PEMIKIRANYA. Sikap menerima maklumat tanpa memeriksa status maklumat yang diterima sama ada SAHIH ATAU SEBALIKNYA menjadikan mereka mundur pemikirnya. Kajian tidak dibuat, terima sahaja dan terus menyatakan benar. itulah pemikiran kolot dikalangan generasi Y.
SEJARAH kejatuhan kerajaan Islam tidak pernah diteliti, hanya tahu memperjuangkan perkara yang tidak masuk akal. Sejarah itu bila diceritakan, mereka hanya ketawa dan menyatakan itu semua kisah silam yang tidak perlu di ceritakan, tidak perlu di ungkitkan. Hakikatnya sebenarnya mereka lupa, Sejarah bukan hanya diceritakan oleh tokoh sejarahwan, tapi dalam AL-QURAN banyak menceritakan sejarah kehidupan sebelum kewujudan KITA. BELAJAR AGAMA baru sedikit, tapi gayanya,caranya dan sikapnya seolah-olah dia yang paling HEBAT. Hello!!! tinggi mana pun ilmu mu semuanya hanya pinjman, semuanya hanya sebesar ZARAH. TIDAK perlu dicanang ke sana ke sini mendabik dada.
Bila ada insan yang perlaku kesalahan, dihukum, dibuang seolah-olah terlalu hina. Namun mereka tidak sedar siapa sebenarnya lebih hina.
Oklah sudah panjang lebar kak shah bercoret kat entri ni. Jikalau ada masa. kita sambung episod seterusnya.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 |
Jadilah manusia yang bersyukur walaupun hanya sekecil zarah nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT. |
p\s: LUAHAN INI TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, KAK SHAH hanya menyampaikan hujah yang terbuku diminda selepas memerhatikan kejadian yang berlaku. sekian wasalam....