Showing posts with label luahan perasaan QASEH. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan QASEH. Show all posts

16 January 2015

Bukan sekadar Diploma

Alhamdulilah..

Segulung diploma semakin aku hampir, impian dan cita-cita semakin hampir. Satu ketika aku tidak yakin sama ada aku akan jadi seperti yang di impikan atau sebaliknya. Namun kini, aku bersyukur kerana diberikan peluang kedua untuk teruskan cita-cita. 

Perjalanan hidup yang aku alami dan mungkin ramai diluar sana alamai, menjadikan kita semakin matang, semakin dewasa dalam pemilihan. 

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang memberikan penghinaan dan merendahkan diri ini. Kerana meraka aku semakin kuat untuk meneruskan perjalanan ini. semakin bijak menilai. 

Ini adalah semesta terakhir. aku harap semuanya dapat di habiskan dengan sempurna dan cemerlang. 

One day aku berharap, dengan ilmu yang sedikit ini dapat membantu umat islam di muka bumi ini, Itu adalah target aku,.

Pilihan...

01 September 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta

Di sini lahirnya sebuah cinta 
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemat cita-cita 
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

 Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan Barat
Ku jejaki

Aku 
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun Hati Rela berjuang
Walau dengan cara sendiri 
Demi cinta ini.

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung WARISAN....

MERDEKA! MERDEKA! ... alhamdulilah dengan nikmat yang diberikan daripada Allah swt. dengan limpah dan kurnianya kali ini kata masih dapat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 57 tahun...Tema yang diberikan untuk kali ini "DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" . Sebelum ini kita hanya mendengar lagu nyayian arwah SUDIRMAN ini tanpa menyelamai maksud yang tersembunyi.Entah kenapa kali ini kak shah terasa sayu bila dengar lagu ni. Sedih bila mengenangkan kejadian yang bertubi-tubi menimpa Negara tercinta. 

Selepas kejadian MH370,negara diuji pula dengan kejadian di Sabah dan di ikuti dengan kejadian MH17. Tidak lena Pemimpin tertinggi malaysia memikirkan Ujian yang diberikan oleh Allah swt. Namun banyak bisikan dari telinga yang mengutuk,menghina, dan sebagainya berlaku disaat kritikal ini. Segelintir masyrakat yang berfikiran negatif (haluan kiri) sentiasa membuat tujahan hujah yang tidak berasas. Memburukan malaysia di mata dunia. Membuat sesuatu demi kepentingan diri. 

"Daripada Allah kita datang, Kepadanya jua kita kembali"


MELAYU MUDAH LUPA.itulah tajuk puisi yang ditulis oleh TUN DR. MAHATHIR. Luahan hatinya dizahirkan dengan puisi ini. Namun mata yang ada, telinga yang ada dan juga akal yang ada tidak digunakan untuk menghayatinya. WANG RINGGIT DAN KEMEWAHAN membutakan semuanya,memekakan semuanya dan mematikan akal yang ada. Tiada ada rasa bersyukur dengan nikmat yang ada, hanya AMARAH DAN inginkan KEBEBASAN tidak bertempat yang diperjuangkan. 

Andai bumi MALAYSIA ini musnah. dikala itu baru nak menagis, merintih dan merayu untuk dikembalikan nikmat yang ada. Jangan dikatakan dapat, impian hanya dalam mimpi sahaja. 

Perjuangan Islam tidak kena pada tempatnya, berpakaian seolah menipu siapa sebenarnya diri. Gologan cerdik pandai selalu berhujah. Namun tiada isi dalam hujannya, ibarat "TIN KOSONG". Inilah yang berlaku dikalangan manusia yang berfikiran SEKULAR (memisahkan antara agama dan kehidupan). Pemohonan melonggarkan akta yang berkaitan dengan GAY,LESBIAN DAN MURTAD, hebat diperjuangkan. Entah apa yang dibutakan kak shah pun tak tahu. Secara terang-terangan hal ini tidak boleh di beri ruang. Tapi si buta tuli sebuk menperjuangkanya. 

MERDEKA menurut KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, Merdeka ialah Bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan atau berdiri sendiri tanpa bergantung kepada yang lain. 

Walaupun Malaysia sudah merdeka selama 57 tahun, tapi malangnya tidak semua rakyat turut merdeka, dikalangan generasi Y. Mereka selalu angkuh dengan diri, kerana berjaya ke menara gading. Pada hakikatnya mereka lupa yang mereka itu sebenarnya masih tersekat cara PEMIKIRANYA. Sikap menerima maklumat tanpa memeriksa status maklumat yang diterima sama ada SAHIH ATAU SEBALIKNYA menjadikan mereka mundur pemikirnya. Kajian tidak dibuat, terima sahaja dan terus menyatakan benar. itulah pemikiran kolot dikalangan generasi Y. 

SEJARAH kejatuhan kerajaan Islam tidak pernah diteliti, hanya tahu memperjuangkan perkara yang tidak masuk akal. Sejarah itu bila diceritakan, mereka hanya ketawa dan menyatakan itu semua kisah silam yang tidak perlu di ceritakan, tidak perlu di ungkitkan. Hakikatnya sebenarnya mereka lupa, Sejarah bukan hanya diceritakan oleh tokoh sejarahwan, tapi dalam AL-QURAN banyak menceritakan sejarah kehidupan sebelum kewujudan KITA. BELAJAR AGAMA baru sedikit, tapi gayanya,caranya dan sikapnya seolah-olah dia yang paling HEBAT. Hello!!! tinggi mana pun ilmu mu semuanya hanya pinjman, semuanya hanya sebesar ZARAH. TIDAK perlu dicanang ke sana ke sini mendabik dada. 

Bila ada insan yang perlaku kesalahan, dihukum, dibuang seolah-olah terlalu hina. Namun mereka tidak sedar siapa sebenarnya lebih hina.

Oklah sudah panjang lebar kak shah bercoret kat entri ni. Jikalau ada masa. kita sambung episod seterusnya.

                                                MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jadilah manusia yang bersyukur walaupun hanya sekecil zarah nikmat yang diberikan
oleh ALLAH SWT.



p\s: LUAHAN INI TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, KAK SHAH hanya menyampaikan hujah yang terbuku diminda selepas memerhatikan kejadian yang berlaku. sekian wasalam....

10 March 2013

biskut chipsmore dah :)

Bismillah :) 

Syukur alhamdulilah dengan nikmat daripada Allah S.W.T di atas limpah kurnianya :)

Hari ni aku rasa segar sangat selepas hampir seminggu aku menggalami sakit kepala...walaupun belum sembuh sepenuhnya.tapi sekarang ni sangat segar..syukur alhamdulilah...

ok fokus tajuk di atas..:) 

Biskut chipsmore : kejap ada, kejap tiada (hehehheh) tu lah aku sekrang nie...nak update entri punyalah malas and dah beberapa kali berusaha untuk sentiasa update tapi malangnya!!!!!! ( masih sama jer)...

sejak aku di poli ni tak ada benda yang best-best untuk dikongsi.
terfikir juga nak buat toturial (insyallah) ...
tapi ape-ape pun insyallah , shah cuba untuk mencari idea baru bagi semuanya segar:)

klah..rasanya cukup sampai sini:)

luv u 

p/s: bila cinta ilahi datang, semuanya sempurna, tapi bila cinta manusia datang, semuanya tidak sempurna

10 April 2012

semakin berdebar!!!

Hati aku semakin berdebar menanti jawapan. FUHHH!!!!
dUP..DAP..hati aku menantinya....menghitung hari dengan kehadiran jawapan yang cukup bermakna dalam kehidupan aku..INSYALLAH....

" Perkara yg baik adalah dari Allah dan perkara yang buruk daripada aku sendiri"

14 December 2011

Perhatian!!!kepada semua kawan SHAH sila baca entri ini..

Selamat malam...salam hijrah kepada semua umat Islam...

Pertemuan dan perpisahan antara kita telah ditentukan oleh Allah S.W.T...

Malam nie entri ni di buat khas untuk orang yang mengenali,dikenali dan terkenal diri shah...Sebagai manusia biasa..shah tak lari daripada melakukan kesilapan dan melukakan hati orang disekeliling...

Saya NORAISHAH SHAMSUDDIN nak minta  MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya melukakan hati semua orang dan membuatkan mereka terasa hati tanpa shah sedari...

Semasa menulis entri ini...
"SHAH DALAM KEADAAN WARAS DAN MATANG DAN TIADA PAKSAAN DARIPADA SESIAPA....."

Sekiranya shah ada berhutang dan apa jua yang perlu shah bayar...sila tuntut kat shah dan halalkan makan minum selama ini...



terima kasih kepada yang berani menegur shah dan memberikan shah nasihat...kepada keluarga yang disayangi terima kasih kerana menyokong shah...

email shah : shah_katun88@yahoo.com.my...

10 September 2011

Nukilan Hati QASEH NUR Iman

Di sini aku bermula
segumpal darah yang di bentuk menjadi manusia
yang di tiupkan roh untuk hidup di sini
sungguh indah ciptaan Ya ALLAH

tercipta manusia itu
nah TANGGUNGJAWABnya....
Tiada terhitung berat terpikul
hanya mampu berdiam diri
menagih keampunan daripadaNYA

Panjang kan suara hati Qaseh Nur Iman
Untuk mendapat cahaya dan juga iman
dari arah pesongan Syaitan itu
Hindari aku dan lindungi aku YA ALLAH

Berpijak di bumi nyata
Berpijak di realiti kehidupan aku
mencari Iman dan NUR Ilahi
Disini di bumi ALLAH

Aku menagis kerana gagal
aku menagis kerana tidak terdaya
melayan nafsu
melayan syaitan durjana
SUDAH JAUH AKU hanyut

Hitam gelap lorong di hati aku
aku hilang arah
aku hilang panduan
hanya leka nikmat dunia

Titisan air mata di sejadah MU
memohon keampunan dari MU
teguhkan iman aku Ya Allah
teguhkan PEGANGAN aku hanya untuk MU

Cinta manusia hanya sementara
Cinta Mu HAKIKI
Milikkan aku cinta mu Ya Allah
Ampun kan Aku YA Allah

Bisikan aku hati mulia

09 August 2011

Jodoh itu sudah tertulis

Assalamualaikum kepada semua...

Hari ini rasa entry aku mungkin agak serius...tapi tak serius sangat pun ( still boleh buat lawak).Putus tunang, putus cinta, putus kasih, dan macam-macam putus. Semua itu sudah berlaku,akan berlaku dalam hidup setiap manusia. Ya Shah yakin semua wanita mahupun lelaki pasti mengalami perasaan ini.

KHAIRUL FAHMI N ELIA

Hari ini banyak kita dengar tentang kisah putus tunang? sedangkan pemilihan pasangan melalui konsep " SUKA SAMA SUKA"...Kenapa boleh berlaku? cuba fikir....Urrrrrmmmmm...rasanya tidak perlu untuk terus berfikir kenapa?bagaimana?siapa?dimana?dan segala persoalan diminda...Cukuplah MENERIMANYA KERANA JODOH DAH TAK ADA...Setiap manusia dah ditentukan jodohnya


dengan siapa...Yerlah ada segelintir masyarakat merasakan bila tidak KAHWIN seolah-olah buruk (tidak laku)...tapi pernahkan mereka terfikir kenapa mereka masih tidak berkahwin? Mungkin kerana sakit,sikap buruk dan masih banyak tanggungjawab tidak selesai...Oleh itu, sekiranya mereka tidak berkahwin bukan masalah besar...tapi sekurang-kurangnya meringankan beban yang ada....

Perihal anak dara tua atau bujang telajak? selalu dijaja ceritanya...tapi sedarkah mereka yang menjaja? apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka?Jangan silap...nanti akan membawa kepada FITNAH....
ALLY ISKANDAR N NUR AISHAH

Bercinta dengan orang lain,bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain...Inilah yang dikatakan takdir...hal yang diluar bidang kuasa kita...sebaliknya semua ini adalah urusan ALLAH SWT...

Bersikap menerima dan diterima lebih sempurna kerana sifat manusia yang tidak sempurna...kita lihat sekiranya ego didahului maka pincanglah ikatan suci antara anak adam dan hawa....



19 June 2011

tiada mereka tiadalah kita

abah,ayah,baba,daddy,bapak..
sebahagian panggilannya...
kasih yang mereka curah terlalu indah
tidak terpincang dari diri mereka kasih itu

pengorbanan mereka buka sedikit
mencari nafkah untuk kami
berpanas,berhujan meredah dek cuaca dunia
namun tetap membanting keringat

tangisan mereka tidak dilihat
ketawa mereka terlalu diinginkan
tapi ketegasan mereka adalah tunjang
bagi membentuk didik hamba ALLAH...

tiada penghargaan yang jelas untuk mereka
tiada wang ringgit untuk mereka
tapi cukuplah sekadar kasih sayang
menjerat hati mereka untuk senyuman


26 April 2011

HARI INI DAN SEMALAM (luahan perasaan)

Selamat pagi...urmmm...arie nie rasa nak buat luahan perasaan lah...rasa nak menjerit kat bukit...agak2 leh ker wat mcm 2....urm...adoi...serabut lak tetiba 2 hari nie...tapi nasib baik ada seseorang yg wat aku tersenyum..alhamdulilah

jujur lah aku sekarang ni dah mula rasa bosan dengan kerja mcm nie...urm...aku nie memang orang yang x leh duk kat ofce ar....bosan...bosan...benci ar mcm nie...sikit2 x puas hati gan aku...yerp aku bukan orang yang bagus..arggghhhh...ape harus aku buat nie??????????????

semalam rasa nak menagis pun ada...rasa down sgt2...otak ni jem bukan sikit2...jem melampau2...huhuh....bila di fikirkan tentang hal nie...pasti aku rasa benci...meluap2...memang kelemahan aku adalah melenting bila " aku wat salah, tp bukan aku yang kena marah"...yerp aku x suke ar...memang kadang2 rasa sakit atie...tp yang penting aku puas hati..puas hati....aku tak tahu lah sampai bila aku harus bertahan...memang klo ikut kan ribut aku...semua orang leh kena amuk...tp sebab aku fikir risiko yg bakal aku tanggung...so semuanya aku batalkan...alahai..sabor shah...sabor....

2 hari ni betul2 buat aku rasa nak menjerit ar...x sabar lah nak pergi KL...serius...memang aku x sabar...dapat amik gambar kat sana...

semalam sebelum tido..sambil peluk baby...aku fikir mcm ane nak selesaikan masalah nie...mencari cara mengatasi...2 yang penting..." ikutkan hati, mati...ikut kata binasa"...fikir2kan itu adalah yang terbaek....

lari dari masalah?????itu bukan aku...aku kena tempuh dan cari cara untuk selesaikan....

urmmmm....ape harus aku buat nie???????????