28 November 2012

22 August 2012

tips: menjaga otak....:)

" Belalulah sudah ramadhan, 
sebulan berpuasa, 
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, 
anak muda dirantauan, 
semuanya pulang ke desa, 
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira......."

Ok2..memandangkan sekarang ni mood raya masih ditahap kemuncak...sure di luar sana ramai yang sebuk mengunjungi rakan taulan serta sanak saudara..ape2 pun aktiviti yang dilakukan, diharap semua berhati-hati yerk...

isk..isk...melalut dah ni..ok2...tajuk kat atas tu macam tak best..tapi kita amik info ni untuk dimanafaatkan dalam kehidupan hari...yelah kita dok jaga body jer terlupa pula nak jaga otak...hehehe...

terdapat 10 perkara yang perlu dititik beratkan bagi menjaga otak kita.


1. Tidak mengambil sarapan pagi 
- Otak merupakan oragan yang banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah. Ini menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Telebih makan
- Makan yang berlebihan akan membuatkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Keadaan ini menyebabkan darah yang sampai ke otak menjadi penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

3.Menghidu udara tercemar
- Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusi. Menghidu udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan sel otak. Udara tercemar akan menyebabkan kerosakan sel otak. Udara tercemar juga daripada asap rokok, kereta, kilang dan sebagainya.

4. Tidur yang berlebihan
- Tidur baik untuk kesihatan otak. Tetapi, sekiranya tidur secara berlebihan akan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

5. Tidur dengan menutup muka
- Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Keadaan ini boleh menyebablan otak kekurangan oksigen.

6. Kurang berimaginasi
- Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurangnya berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

7. Jarang berfikir
- jarang berfikir menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak aktif. Jadi, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja serta meningkatkan keupayaan otak kita.

8. Tidak membaca al- Quran
- AL-QURAN merupakan kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada badan termasuklah mengaktifkan otak dan menggalakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu. 

9. Merokok
- asap rokok sangatlah berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun yang boleh membunuh banyak sel otak.

10. Mengambil gula berlebihan
- Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga mengganggu perkembangan otak yang sihat.

sekian terima kasih

p/s: jagalah otak kita yerk...

12 August 2012

cik shah : ini betul2 bukan cobaan..

Salam...

Berkongsi kegemaran dan memasuki pertandingan itu adalah salah satu hobby yang x dapat dipisahkan...

Sejak pindah ke muar, masa shah selalu dihabiskan dengan keluarga, so kuranglah masa berpoya-poya dan tabiat giler kerja tu...hehehe...tapi bila dah balik muar, hobby lama pun timbul...

bermulanya cerita nie masa zaman sekolah, shah suka sangat memasuki pertandingan pidato,syarahan,forum,penulisan sajak,puisi dan pantun... shah dulu pernah mewakili pertandingan nie semua di peringkat zon dan daerah...nergeri!!! oh belum hebat lagi n tiada rezeki kot masa tu... bila memasuki pertandingan, shah akan rasa seronok...lagi- lagi kalau menang...ermmmm berlipat kali ganda lah shah masuk...

kenape shah suke masuk pertandingan nie semua ???? jawapanye, shah lalukan kerana hobby semata-mata, dulu shah ada dapat tawaran jadi model...ermmmm tapi semua tu diabaikan kerana beberapa sebab...

dunia popular di luar sana memang seronok, dulu cikgu ada gak suruh shah jd wartawan ler, pembaca berita ler...tapi shah takut nak jadi tu semua....yerlah malu ar...shah nie suke kerja belakang tabir, sebab shah rasa itu adalah kepuasan,

ops!!! terlebih melalut lak,..sebenar nye shah nak share 1 perkara..

wah tahniah...hehehe... x sangka ler...:)

posto from karangkaraf yang wat suprise jer...

thanks a lot...first time berjaya...:)

         

  

p/s : terima kasih daun keladi, insyallah shah akan join lagi...:)

09 August 2012

Hobby : mencabar diri melakukan hobby yang tidak digemari

 Selamat petang....

Percubaan pertama buat bruch...hehehe....mengigil tangan shah jahit....yelah seumur hidup x pernah nak menjahit...minat menjahit...ermmmm...langsung tak ada...cuma ada rasa perasaan nak mencuba jer...sejak try buat benda nie...rasa seronok menjahit...so dapatlah mengisi masa lapang dengan aktiviti nie...

cubaan petama...nak buat alah2 tema flower pentagon...
yang nie cubaan ke-3 ...alah2 pilow sikit..

yang nie pulak rekaan ke-2..yang tak tau temanye ape..kira pakai buat jer...heheh

inilah hasil semua nye....hehehe....comey ker?



03 August 2012

Kawan : Belajar mencari kejayaan

Salam..Selamat pagi..


Terlebih dahulu shah nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun nie. Semoga semuanya mendapat ganjaranan pahala berlipat kali ganda daripada tahun sebelum ni. Hari ni genap 14 hari umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan tidak lama lagi akan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga lebaran yang bakal tiba nanti dapat kita mengeratkan lagi silaturahim sesama umat. Amin

Setiap manusia pasti mendambakan kejayaan dalam kehidupanya. tapi sejauh mana kejayaan yang di inginkan menjadi milik kita. Sehubungan itu, kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Ketagori kejayaan bagi umat islam terbahagi kepada 2 iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

Entah bagaimana di mana dan siapa yang harus menjadikan kita sumber inspirasi, sedangkan Allah swt dah tentukan rezeki setiap ciptaanya.Dikala rakan seperjuangan sibuk mencari kerja disana sini. Shah pula sibuk untuk menyambung pelajaran. Bukan mengejar pangkat semata-mata, tapi dilakukan kerana fardu kifayah. 

Diluar sana, ramai yang berjaya menjadi seorang pakar it, deginer terhebat dan banyak lagi.Tapi semuanya bukan dikalangan orang beragama Islam. Kekuatan yang Allah swt bagi pada diriku, membuatkan aku bertekat untuk meneruskan cita-cita yang suatu ketika dahulu di simpan rapi. Walaupun tidak berbekalkan sumber kewangan yang kukuh, tapi shah yakin itu semua bukan alasan yang menjatuhkan semangat ini. 

Dilihat suasana kejayaan orang-orang eropah, kejayaan mereka seimbang dengan minat. Ya, bukan persoalan tetapi jawapan yang pasti menjadi kekuatan bagi mereka untuk berjaya. Tiada perkataan tidak dan tidak boleh dalam kamus hidup mereka. Lantaran itu, pastinya setiap langkah untuk berjaya menjadikan paksi mereka kuat. Sesungguhnya kenyataan Al-Quran itu benar

 " Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir,
dan mereka  memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal
orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari
kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya
tanpa batas ".... Surah Al- Baqarah :(212).

Berlari sana sini mencari sesuap nasi untuk memperbaiki kehidupan harian, keringat di perah untuk menperoleh kehidupan yang lebih baik. Doa dipohon untuk meminta bantuan Sang Pencipta. Itulah lumrah kehidupan manusia. Bila suara azan berkumandang, panggilan menuntut kita "marilah menunaikan solat dan marilah menuju kejayaan".

Ingat sebelum dilupakan dan terlupa, dek alpa dengan manifesto yahudi. Kejayaan bukan hanya dengan beroleh segulung ijazah, tetapi pengalaman dalam meneruskan sisa kehidupan dunia ini  itulah yang lebih bermakna. 

Melihat kejayaan di sekeliling buat kita inginkan juga inginkan kejayaan itu, tapi cara dan jalannya berbeza. Dek melihat kejayaan mereka, Shah teriak dihati untuk terus berusaha beroleh kejayaan yang menjadikan kerusi yang diduduki kini panas. Hari demi hari menghitung waktu untuk berjaya. 

Lumrah kehidupan. Apabila kejayaan dikecapi, pasti dikerumuni ramai teman dan taulan. Namun disebaliknya pasti ada musuh yang inginkan kejatuhan kita. 
 
" Sesungguhnya kepadaMu aku menyerah jiwa raga, memohon kejayaan
di dunia dan akhirat bagi menjamin kejayaan yang nyata, dikala aku diliputi
umat manusia lain, Aku memohon perlindungan dariMu."


p/s: shah pohon kepada rakan taulan yang berjaya, semoga mereka terus berjaya, shah akan doakan kejayaan kamu semua... <3 p="p">

01 August 2012

Pesanan kepada mereka yang bersumpah

" Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahanmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan islah di antara manusia. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui" Surah Al Baqarah ayat : 225

" Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahanmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (Sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi maha penyantun" Surah Al Baqarah ayat : 226

19 July 2012

Ameera!!!! Andaiku bercinta lagi..


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Sumber : google n youtube..

01 July 2012

susah ker jd Programmer computer

Salam...

Betul ker kos yang aku amik ni susah,terlalu susah, or teramat susah????

Ini namanya cabaran. setahu aku lah kos ni memang susah and aku x menafikanya. cuma bila fikir balik kenapa aku minat dengan bidang nie...aku sendiri masih terfikir..wahahaha..nampak sangat aku masih tak faham dengan bidang ni...ramai orang disekeliling aku suruh amik grafik..yerp memang aku suka grafik..tapi bagi aku..bila aku belajar bidang ni aku ingin sekali tahu macam mana mat salleh kat luar sana boleh wujudkan software yang boleh pakai satu dunia.ermmm...jauh aku fikir tentang bidang nie..tapi bagi aku apa salahnya aku jadi orang yang boleh bina sendiri software untuk kegunaan orang ramai...

eh ceh..ceh....berangan jer aku ni...bak kata abah :" berangan x salah, tapi kalo kita hadirkan dengan usaha, insyallah apa yang kita berangan pasti dapat"..

Giler..memang kerja giler and aku sorang yang fikir terlalu jauh..tabiat tu aku tak tau nak ubah..ramai orang kata kalau aku fikir macam tu boleh rosak diri..tapi bagi aku pula,,aku fikir jauh bukan semua perkara,lagipun aku rasa apa yang aku fikir tu x adalah jauh sangat..lain orang lain pendapat and lain ragam..

Kejayaan William Henry Gates III  atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, merupakan sumber inspirasi aku.dulu aku selalu baca tentang kreativiti yang dia ada..subahanallah, itulah ucapan yang mampu aku sebut.kepintaran yang Allah anugerahkan pada die memang buat aku kagum..memang nak jadi seperti die aku susah..yelah aku sendiri seorang yang tidak mahir berbahasa inggeris..tapi itu bukan kelemahan yang tidak boleh diubah..apa2 pun semua kelemahan boleh dibaiki yang penting kita kena berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan yang ada...


Sejarah aku dengan komputer seperti jodoh yang telah ditentukan..aku minat dengan komputer sejak berusia 7 tahun..aku terlalu minat dengan komputer sehingga rosak komputer abah dikerjakan aku..hehehe...bila depan computer aku teruja nak cari macam-macam yang ada...tu yang selalu rosak komputer abah...punca aku minat komputer sebab pak usu aku...dulu die amik kos komputer and die selalu repair komputer...setiap kali balik melaka pasti aku akan tengok and duduk kat bilik khas die seterusnya aku akan bertanya bermacam-macam tentang peralatan computer..sejak tengok pak usu aku repair computer..aku terus pandai pasang computer...hehehe..sejak daripada tu..disek aku selalu diminta untuk mengajar cikgu and student lain menggunakan computer..sehinggalah aku sek menengah..walaupun aku tidak sehebat bill gates..


impian aku nak jdi programmer computer memang dah ditanam dari kecik.insyallah suatu hari nanti pasti impian ini akan terlaksana...


oklah..dah banyak aku luahkan..cukup-cukup sudah...heheh...nanti tak jadi macam bill gates aku malu pula...apa2 pun berusaha untuk memiliki kejayaan dunia n akhirat..amin...


"belum cuba,kita belum tahu"

30 June 2012

isu pakaian rasmi sambutan??? apa pendapat anda???


Salam..

Dah lama rasanya tak bersoksek kat sini...Bukan tak sempat tapi tak tau nak share apa..semuanya macam tak best..alah kira biasa-biasa jer..

oklah..tadi shah tengok berita dan adalah terbaca kat entri blogger yang ada cerita pakaian rasmi sambutan yang PM pilih...so shah rasa macam nak komen sikitlah tentang hal ni..

now antara komen shah ialah:

1. kenapa mesti nak buat baju rasmi nie?..kalo sentiasa jadikan baju rasmi and sepanjang tahun akan pakai baju ni tak tukar-tukar rasanya berbaloi.
2. kalau semua kakitangan kerajaan dapat tak kiralah di persekutuan or negeri, rasanya seronok juga...yerlah duduk kat negeri tak akan dapat benda yang sama semasa dipersekutuan.
3. cantik memang cantik design baju 

rasanya dengan 3 komen di atas sudah memadai kot..kalau korang ada komen..silalah bagi..yerlah dapat berkongsi pendapat. 

p/s: bukan nak jd pembangkang or kerajaan...tapi kalau yang salah kena tegur n yang baik kena ingatkan..

Masih mencari tajuk



cantik bila dipandang
indah bila dilihat
unik bila dirasa
itulah kulit kerang


04 June 2012

Alhamdulilah..terima kasih Allah

Assalamualaikum..selamat pagi

Hari shah nak share cikit...
Alhamdulilah akhirnya usaha shah untuk melanjutkan pelajaran dimakbulkan..
terima kasih kat mak n ayah bagi dorongan..
insyallah angah akan berusaha untuk beroleh kejayaan yang CEMERLANG..

Dulu aku pernah berhenti belajar..aku berhenti pun banyak faktor dan sekarang nie banyak hikmahnya..
kini aku diberi peluang sekali lagi untuk melanjutkan pelajaran..

Ramai orang kata kos nie susah..tapi bagi aku, "belum cuba belum tau"..
so kita kena tempuh dulu baru kita tau...



alhamdulilah..

p/s: Kepada semua yang kenal shah secara langsung dan tidak langsung, shah memohon korang doakan kejayaan shah..k..love u all...

30 May 2012

Coklat kak su

Assalamualaikum...

Pepagi kak su dah bagi coklat kat shah...cantik hasil kerja kak su...nak rasa lum leh lagi..arini pose..

Bila tengok kat box nie tetiba terperasan stiker yg shah design...cantik bebenor(perasan lak)..
ni coklatnye


tu stiker shah wat
terima kasih kak su

p/s: makan ler coklat beramai-ramai

birthday boy

Assalamualaikum...

Happy birtday adam...wah2 sudah besar budak nie...kejap jer dah 3 tahun...
Eh!!! mana birthday boy nie


yeehhhh!!!tu dia dek dam

29 May 2012

Ameera vs kerja

Assalamualaikum

Sambil kerja sambil tgk tonton...hehehehe...layan citer ameera...
kerja dan TONTON..:)

Kini di iphone

Assalamualaikum...

Menbuang masa lah aku sekarang nie...x wat kerja langsung...hahahaha...apa nak jadi ler kan...kan...entah ar akhir2 ni kurang fokus dgn kerja...x tau ar sebab apa...

Now shah leh update story mori kat iphone jer...jadi banyaklah cerita baru akan di update sepantas kete ferari...

Memandangkan kerja yg agak berkurangan..shah pun hanya duk saje jer...nak daftar kes mcm malas tahap gaban...wahhhhhh!!!!!

eh rajin cik shah nie tgk portal JPA


KANTOI!!!!disebalik cik shah update blog...hehehe

p/s: enjoy:)

28 May 2012

Walaupun kurang tapi masih ada lebihnya

Assalamualaikum...

Petang ni entri shah sekadar ingin membuka minda..kenapa shah kata membuka minda?now bila kita lihat kiri,kanan,depan dan belakang...pasti bermacam-macam kejadian berlaku..kenapa semua nie terjadi? Adakah kita tahu kejadian itu jika tidak melihatnya?..
bila makanan depan mata
p/s: entri ni x ada kena mengena dengan tajuk di atas, sekadar testing update blog gune phone...:)

24 May 2012

design pula aku nie....

Assalamualaikum....

saya perlukan komen untuk design ni

1. komen
2.komen
3.komen.

ok..

design untuk akunye bisnes (peh perasan ada bisnes sendiri)

ni tempahan design dari kak su...
(tq yerk)

nie nak letak kat gift di majlis pertunangan kak long

p/s: saje suke2...hasilnya memang best kan..kan...

22 May 2012

Fahdilat Rejab

Assalamualaikum...Selamat pagi


Hari ni 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H...Puasa,tingkatkan amalan dan banyak lagi...inilah peluang untuk kita meningkatkan amalan dengan setiap pahala digandakan...Insyallah...Tahun nie aku rasa kehadiran bulan Rejab memang dinantikan,. alhamdulilah hari ni adalah yang dinantikan..hari ni aku rasa tenang dan seronok sangat bila di berikan nyawa untuk terus hidup dan menghadapi kehadiran bulan Rejab..Rejab, Syaban  dan Ramadhan inilah tiga bulan yang ALLAH kurniakan kepada kita...


Oklah shah nak kongsi serba sedikit fadilat bulan rejab kepada semua :-

1 hari ~ seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi
2 hari ~ mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan di lipatgandakan pahalanya
3 hari ~ dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalang ke neraka
4 hari ~ diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal
5 hari ~ aman dari azab kubur
6 hari ~ dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
7 hari ~ Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya
8 hari ~ Allah membuka 8 pintu syurga baginya
9 hari ~ keluar dari kuburnya lalu menyeru " laailahaillallah" dan ditolak dia dari memasuki syurga
10 hari ~ Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian siratul mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian siratul mustaqim 
13 hari ~ Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3000 tahun
14 hari ~ Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10000 tahun
15 hari ~ Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100000 tahun
16 hari ~ dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga
19 hari ~ dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam
20 hari ~ Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya

~ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf ( ketika Al-Quran dinaikan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalan di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian siratul mustaqim

~ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika di sertai  dengan sedekah seumpama puasa 1000 tahun

~ Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji

~ setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari lebih cantik daripada matahari seribu kali

~ sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka

~ Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti

p/s: banyak lagi fadilat yang boleh kita perolehi sepanjang bulan rejab...SO jom ramai-ramai dapatkan pahala yerk:)

16 May 2012

hot chat bersama guru



Assalamualaikum....


Terima kasih guru
mendidik dan mengajar diriku
menjadi ibu ayah di sekolah
menjadi inspirasi generasi negara

Terima kasih guru
kerana memarahiku
kerana merotanku
kerana menasihatiku
kerana memberikan kekuatan kepadaku
kerana mendisiplinkan ku

Terima kasih guru
tanpa mu haluanku kabur
tanpa mu aku pasti hanyut
tanpa mu aku pasti terleka

terima kasih guru
hilangmu pastiku gelap
hilangmu pastiku lupa
hilangmu pasti ku buta
hilangmu aku tiada kejayaan

terima kasih guru
disaat hari guru
pasti aku akan kenangkan mu
disaat ini jua
jika engkau tiada lagi di sini
pasti akan aku doakan dirimu
kesejahteraan sentiasa

terima kasih guru
ku harapkan engkau tabah

wahai sahabat
sekiranya kini engkau sebagai guru
ku harap perjuangan guru diteruskan
jangan mudah engkau putus asa
jangan engkau menagis 
semoga perjuanganmu sahabat berjaya



p/s: "tiada nokta perjuanganmu"




15 May 2012

UPIN IPIN VS INTAN ADAM

Assalamualaikum ....

hujung minggu bersama keluarga


adam majuk nak upin ipin

11.30 am akhirnya dah kuar


malu-malu

14 May 2012

RAHSIA TUTTI FRUTTI

assalamualaikum...

jam 4.25 ptg : 14/05/2012

mr.mizi : turun bawah sekarang (nada tergesa-gesa)
cik shah : ermmmmm..nape..banyak kerja nie..nak kira stok
mr.mizi : turunlah ...nak TUTTI FRUTTI !!!!
cik shah: hehehehe...nak-nak...jap!! nak kemas fail....
(tak malu cik shah...ter over lak)...
mr.mizi : cepat!!!!!..
cik shah: yerlah...(muka suke)...

hehehehehe...terima kasih mr.mizi belanja cik shah...cayang lah kat mr.mizi..tau jer nak pujuk cik shah...opsss.!!!! jangan salah anggap...cik shah rasa seronok sebab dapat makan benda ni( jakun pulak....hehehe)..

mr. mizi vs cik shah 

mr.mizi (coklat katanya)

cik shah (ori tau)

cik shah yang suke makan kacang (yummmmmyyyy)

tutti ku bawa balik...

p/s: terima kasih daun keladi, insyallah ada rezeki belanja lagi...(*_*)y


Ku ingin kamu

Fitrah manusia
tiada yang boleh berkata tidak
tiada yang mampu menghalang
tiada yang mampu mengubah

dikala seorang wanita mencari cinta
Cinta yang hakiki tetap dihati
Cinta hakiki tetap di perjuangkan
kerana cinta inilah yang akan berjaya kelak

naluri wanita 
mendambakan cinta lelaki
yang bakal membimbingnya
untuk mendapatkan cinta hakikiMU
kekali selamanya

langkah demi langkah
perjalanan wanita ini
terus mencari 
walaupun deritanya sukar digambar


kekuatan naluri wanita ini
berjuang mencari suami untuk berlindung
bagai duri sembilu
berbisa di dalam

pintu hati wanita sukar di buka
kuncinya hanya pada lelaki bernama suami
kunci khas untuk pintu hatinya
kunci yang diciptakan untuknya

jangan dirobek hati ini
jangan di letak racun
jangan dihancurkan dirinya
jangan di curah kebencian

kerana wanita inilah 
perjuangan dunia
menjaga zuriat untuk anak cucu adam
menjadi kekuatan dan kelemahan seorang suami

kekuatan seorang wanita bukan pada luaran
tapi kekuatanya tersembunyi didalam
yang tiada seorang pun tahu

tangisan dirinya bukan kekalahan
tangisanya bukan kerana kelemahan
tetapi tangisanya adalah kekuatan
akan digegar dunia tanpa disedari
itulah kekuatan seorang wanita sebenarnya



p/s: " sebelum 5 perkara ingat 5 perkara"
    





07 May 2012

failed again!!!!!! :(

Assalamualaikum....

Sedih bukan kepalang..tapi itulah yang harus shah terima...Redha dengan ketentuan hari ini...

"ku harapkan suatu hari nanti Pelangi Indah akan muncul dalam kehidupan aku"






27 April 2012

CIK DAMIAINAS jadi penulis jutawan

Assalamualaikum...selamat malam..

Malam nie rasanya nak share tentang Penulis dan Penulisan. Shah bukan seorang penulis yang putis bahasanya (menulis guna bahasa pasar jer),bila semakin hari ,bulan dan tahun shah mencurah cerita yang merepek-repek di blog nie, secara tidak langsung dan secara langsung minat pula dalam bidang penulisan.

Bakat!!!!! bila di scan, dalam keluarga shah tiada seorang pun yang menjadi penulis, sebaliknya lebih gemar berniaga. senang cerita keluarga shah bukannya memiliki bakat seni penulisan. Berniaga dalam keluarga shah memang cukup hebat, (walaupun hanya berniaga jual air tahu di tepi jalan) keluarga shah tetap merasakan perniagaan itu lebih baik dari makan gaji.

23-26/04/2012 - shah telah pergi kursus di INSPEN,Bangi. selepas tamat kursus shah pergilah berjalan-jalan di alamanda. Bila tiba di alamanda, shah pun meninjau suasana di setiap kedai yang ada sehinggalah sampai di kedai buku MPH. Tiba di MPH, shah pun apa lagi, sukanya bukan kepalang (shah ni suka masuk kedai buku dan beli buku, duduk berjam-jam di kedai buku pun tak mengapa)(ATMY shah pun mempunyai hobby yang sama).

Sesi pencari buku di mulakan, dan akhirnya shah berjaya mendapatkan beberapa buah buku yang di idamkan. " MENJADI PENULIS JUTAWAN"...OOOOooooooo...macam best jer buku nie, lagi pun memang selama nie shah mencari buku berkaitan dengan penulisan.tangan shah apa lagi, terus mencapai buku tersebut.dan shah bacalah intipati buku nie,rasanya macam seronok jer...(insyallah berusaha untuk menghabiskan baca buku nie).amin...


Jadi penulis jutawan!!!oh tidak sama sekali, shah tak pernah bermimpi or dibuai mimpi or berusaha untuk bermimpi.shah menulis hanya untuk suka-suka, dan tidak bermimpi untuk mengejar kemewahan, seandainya suatu hari nanti shah diberi peluang untuk menjadi seorang penulis,rasanya itu merupakan anugerah daripada ALLAH,..insyallah. amin...

untuk makluman korang buku paling shah tak suka baca adalah NOVEL...ohhhhhh!!!!klo baca novel sure 1 novel makan masa untuk menghabiskannya lebih dari 1 bulan.hehehehe...lama kan..kan...Shah nie suke sangat baca buku kartun,majalah dan buku ilmiah. Kata orang kalau nak jadi penulis, kita perlu banyakan bahan membaca, tapi bagi shah pula, apa bila kita menulis, kita perlu banyak mengkaji perkara yang hendak di tulis, input itu penting bagi menjadikan penulisan kita matang dan memberikan penerangan yang jelas tentang sesuatu perkara, serta menjadikan realiti penceritaan.

oklah,rasanya dah cukup bebelan shah di sini, insyallah sekiranya ada masa, shah akan berkongsi lagi..

p/s: mencari benang ditepi perigi
      jumpa pula ikan keli
      bidang apa pun harus diceburi
      siapa sangka bakal terkenal nanti

berminat menjadi penyelidik di ARKIB...part 2

Assalamualaikum...selamat petang..

Now shah nak sambung berkongsi cerita tentang " berminat menjadi penyelidik di Arkib Part 1."..ok sekarang shah nak share tentang part 2 pula...ermmm...nak mulakan apa yerk!!!!..rasanya lebih baik shah berkongsi gambar jerlah..nak cerita idea di kepala di agak kering kontang...so shah share picture je...