Assalamualaikum....
Terima kasih guru
mendidik dan mengajar diriku
menjadi ibu ayah di sekolah
menjadi inspirasi generasi negara
Terima kasih guru
kerana memarahiku
kerana merotanku
kerana menasihatiku
kerana memberikan kekuatan kepadaku
kerana mendisiplinkan ku
Terima kasih guru
tanpa mu haluanku kabur
tanpa mu aku pasti hanyut
tanpa mu aku pasti terleka
terima kasih guru
hilangmu pastiku gelap
hilangmu pastiku lupa
hilangmu pasti ku buta
hilangmu aku tiada kejayaan
terima kasih guru
disaat hari guru
pasti aku akan kenangkan mu
disaat ini jua
jika engkau tiada lagi di sini
pasti akan aku doakan dirimu
kesejahteraan sentiasa
terima kasih guru
ku harapkan engkau tabah
wahai sahabat
sekiranya kini engkau sebagai guru
ku harap perjuangan guru diteruskan
jangan mudah engkau putus asa
jangan engkau menagis
semoga perjuanganmu sahabat berjaya
p/s: "tiada nokta perjuanganmu"

No comments:
Post a Comment