28 January 2013

Bersyukur

Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam tak percaya lagi shah sudah bergelar tunangan orang..hehehe (nilah akibatnya terlebih berangan)...

Apa-ape perasaan yang timbul pun sekarang ni..shah telah pun bergelar tunangan orang.. Alhamadulilah sekarang ni dah selesai semuanya.. Syukur tidak terkira dengan limpahan rahmat yang Allah bagi..

Oklah shah sebenarnya tau nak tulis apa kat sini, so shah nak share picture tunang arie tu...










15 January 2013

Hikmah kehidupan :)

Salam...

Hikmah kehidupan???????? apa yang dimaksudkan 2 perkataan ini dalam hidup shah???????

Now shah berada dalam tahun 2013, so usia pun semakin meningkat...:) 

Ok...shah teruskan cerita jer...

1. Now semua tahu shah dah tidak digelar kakitangan kerajaan lagi, tapi shah kini digelar sebagai seorang pelajar..

2. Shah sekarang sibuk menguruskan majlis pertunangan.

3. Shah sedang mengejar impian dan cita-cita..


3 PERKARA di atas adalah point untuk shah cerita tentang HIKMAH KEHIDUPAN

.........first story <3 p="p">

status yang bertukar kini seolah2 nikmat yang tidak boleh dibayangkan..bukan kerana shah tak bersyukur dengan kerja yang dimiliki..sebaliknya shah lebih gemar mencabar diri untuk melakukan sesuatu dari biasa..bermula dari tahun 2008 shah start untuk meneruskan pengajian diperingkat tertinggi..tapi banyak sahaja cabaran yang harus ditempuh..namun shah yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah..so shah just terima walaupun pada ketika itu sedih..2008 shah pernah menuntut di UiTM SHAH ALAM, pada ketiaka itu shah sambung belajar dalam Diploma Pengursan Pejabat, namun semuanya terpaksa ditinggalkan kerana tidak mampu untuk menghabiskan kerana tidak berminat. Tapi itulah dikatakan cabaran..jangan menangis kerana kegagalan pertama

........second story <3 nbsp="nbsp" p="p">

alhamdulilah akhirnya aku bakal bergelar tunangan orang...syukur tidak terhingga dengan nikmat Allah yang ni..suatu ketika dulu shah pernah bercinta, tapi semua itu berakhir..Yelah, sebab tiada JODOH..so pada ketika tu memang sedih, tapi dalam masa yang sama shah berfikir, apa yang berlaku ini semuanya sebab Allah sayangkan shah.Walaupun pahit pengalaman itu, tapi shah telan dan menjadikan semuanya itu adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya.. YAKIN atas jodoh yang Allah beri..:)

........last story <3 p="p">

Menjadi seorang programmer adalah impian dan cita2 sejak berusia 9 tahun, walapun pada ketika itu shah tidak memiliki komputer, tapi shah selalu rosakan computer Ayah...heheheh (peace)..Tapi inilah yang dikatakan: sekiranya kita berminat dengan sesuatu, pasti kita akan berusaha untuk capai..begitulah shah, masa kerja dulu, pengalaman mempelajari banyak perkara berkaitan komputer memang menjadi kan shah sangat teruja..sehinggalah rasa bersyukur kerana shah berada di bahagian yang menggunakan kemahiran komputer yang tinggi...alhamdulilah...inilah dikatakan nikmah daripada apa yang berlaku..KINI shah berada dalam dunia yang shah suka dan shah tidak mengharapkan tetapi akan terus berusaha yang terbaik...


p/s: kehidupan ini ibarat roda, - kata orang
tapi bagi shah - kehidupan ini adalah perjalanan yang indah daripada ALLAH, tiada balasan, tiada penindasan, tetapi semuanya adalah ukiran kehidupan manusia biasa..
sekiranya ada diatas, pandang kebawah, dan lihatlah berapa tinggi pendakian hidup kita...
biar kita kalah dahulu, tapi kita jangan putus asa dengan apa yang berlaku, 
kelemahan bukan kegagalan, tetapi kejayaan bukan kelebihan...

* semua yang berlaku dalam kehidupan ini jangan rasa sedih, kerana ada hikmah yang kita tidak boleh nampak, sebaliknya boleh dirasai...ALHAMDULILAH :)


New Life 2013

Assalamualaikum...

Seronok dan inilah impian...alhamdulilah..

Selamat tahun baru kepada semua yerk...walaupun shah wish dah lambat...tapi tak pe kan :)

Ok now dah 2013..pasti banyak plan difikirkan..tapi adakah plan 2012 yang dirancang dapat dilaksankan?..so tepuk dada tanya pengalaman :)

now shah berada dalam DUNIA BARU yang menjadi idaman dan cita-cita sejak tamat zaman persekolahan..dulu masa lepas SPM shah pernah ditawarkan kos ni di Politeknik Sultan Mizan..pada masa tu tawaran yang shah terima ditolak, sebab shah fokus kepada STPM..

Back to school..tu yang dapat diterjemahkan...secara jujur shah seronok sangat berada dalam dunia pelajar...walaupun sekarang ni P n P jauh berbeza pada zaman shah...tapi semua evolusi ini perlu di sahut bagi shah berani untuk tempuh..English!!!!OMG...shah bukan hebat pun...tapi shah tetap kena cuba untuk pastikan tiada masalah untuk memahami penyampaian yang di berikan oleh pensyarah..

bila berada dalam dunia kampus ini, semua dunia luar terketingalan pula...hehehe...tapi bukan bermakna jadi katak bawa tempurung tau...:)

sebelum shah belajardi Politeknik ni, otak ini selalu terfikir...

1. Adakah aku dapat roomate yang ok?
2. Aku dapat ker nak sesuaikan diri dengan pelajar2 kat sini?
3. Mampukah aku untuk belajar disini...
4.Bi aku teruk, boleh ker nak buat ni..
5.dan yang akhir sekali..adakah aku dapat mencapai impian yg selama ini dipendam...

alhamdulilah..dengan nikmat ALLAH..

p/s : adakala apa yang di impikan tidak dapat, tapi yakin lah dengan janji Allah...BERUSAHA LAH untuk mencapai kejayaan, walaupun lambat kejayaan itu...tapi kita kena yakin dengan hikmah dan nikmat semua ini..di mana ada usaha di situ ada kejayaan..