27 January 2012

LCB ada HOBBY bARU????

hAI...hAI....
assalamualaikum...

Semua orang tertanya2...LCB tu apa?...LCB tu siapa?...

LCB= layan Cartoon Best (LCB) cuba klik....
LCB/DAMIAINAS/SHAH adalah owner/pemilik/org yang sama...ok...jangan salah orang!!!!!

NIKON GURL

CANON GURL
ni hobby yang masih tetap...tapi LCB ada hobby baru...ermmm...AGAK2 APE YERK hobby baru LCB..


TUNGGU YERK nanti LCB Bgtau!!!!




18 January 2012

isu panas disebalik drama: VANILLA COKLAT , GEMERSIK KALBU, & BICARA HATI?

Selamat Petang....

ISU PANAS DISEBALIK DRAMA: urmmm...sebenarnya tak ada pun isu yang panas sangat...sekadar suam2 kuku jer...

VANILA COKLAT(TV3) /BICARA HATI (ASTRO): SELASA (9.00 MLM)
vanila coklat

bicara hati

GEMERSIK KALBU (TV3): ISNIN - KHAMIS (7.00 MLM)

gemersik kalbu

bila disebut berkenaan DRAMA...pasti tertanya2...

"BEST ker ceritanya,urmmm...pelakonya siapa?jam berapa start?"

ni soalan2 wajib kot kepada semua penonton...tapi bila fikir2...kenapa mesti kita tanya soalan ni?
korang pernah terfikir ker?...

inilah yang dikatakan KOMEN,PANDANGAN,GOSIP,LUAHAN OR setimpal denganya...

SHAH bukan peminat artis yang tegar...TAPI Still ada gak minat kat artis...cuma sekarang nie ramai sangat artis yang BAGAI tumbuh cendawan selepas hujan...so tak tau lah nak minat kat sape?hehehehe

BAKAT? nak kata dieorang tak berbakat...rasanya mesti pengarah tau kot...

RUPA? of couse ada nya...mana ada artis muka comot...kalau comot pun dah kena mekap...hilang cacat cela...

oklah berbalik kepada tajuk entry ini...ISU PANAS DISEBALIK DRAMA

sebenarnya nak cerita tentang family shah yang happy,huru hara,haru biru, dan yang penting COOL...

GEMERSIK KALBU ni selalunya menjadi kan ALONG bz...SEBAB bila jam 7 jer...pasti nak melekat di depan tv...pastu VANILA COKLAT Pula...jadi santapan kami sekeluarga...yerlah ceritanya memang best giler....pecah perut...PALING SYOK tengok si IZARAH AISHAH berlakon....best sangat....sangat...
BICARA HATI pula cerita yang shah minat...disebabkan kat rumah x ada ASTRO...so shah pasti akan tengok melalui YOUTUBE jer...hehehe...ape2 pun ketiga2 drama nie memang syok dan mensyokkan...tp ingat kepada peminat GEMERSIK KALBU sila jangan lupa solat k.al maklumlah masa tayangan pada waktu MAGRIB


Memandangkan semua cerita diatas memberikan impak maksimum dalam kehidupan HARIAN KAMI...shah rasa sekarang nie NAK UCAPKAN SELAMAT MAJU BERJAYA-JAYA kepada pelakon2 baru nie...k...

p/s: kepada pengarah cerita nie serta penulis novel or skrip...CAYOK2 yerk...


17 January 2012

Enakmen Pencegahan Murtad: Mencegah Atau Menambah Mungkar


Enakmen cegah murtad yang telah lama wujud ternyata gagal membendung gejala murtad dan penyebaran agama lain kepada umat Islam. Inilah pengakuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengesahkan bahawa enakmen cegah murtad sudah diwujudkan sejak lama dahulu bagi membendung gejala itu, tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya menyebabkan ada pihak menganggap ia tidak wujud sebelum ini.

Enakmen yang terbukti gagal membendung gejala murtad ini nampaknya mahu diperkasakan dan dikuatkuasakan dengan lebih luas di mana JAKIM akan mengadakan pertemuan dengan jabatan dan majlis agama Islam negeri yang belum melaksanakan enakmen ini. Setakat ini, negeri yang sudah mempunyai 'Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam' ialah Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan. Manakala negeri yang belum ada enakmen berkenaan pula ialah Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Menurut enakmen ini, mereka yang didapati bersalah akan dihukum penjara dan denda. Mungkin pada pandangan Jamil Khir, hukuman penjara dan denda ini sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada pesalah. Usaha untuk mencegah murtad sememangnya satu tugas yang mulia, namun malangya apa yang beliau tidak sedar ialah usaha ini mesti dilakukan tanpa perlu wujud atau menunggu wujudnya sebuah "enakmen" terlebih dahulu. Mencegah murtad adalah sebuah tanggungjawab yang didasarkan kepada agama, bukannya didasarkan kepada enakmen. Inilah bahananya di dalam sistem demokrasi apabila manusia membuat undang-undang, maka tanggungjawab agama sekalipun tidak boleh dijalankan sehinggalah sebuah udang-undang digubal terlebih dahulu.

Apa yang lebih buruk yang dilakukan oleh pemerintah adalah 'menghukum' orang yang murtad tidak berdasarkan ketetapan Allah dan Rasul dan tetapi berdasarkan ketetapan dari manusia. Setakat ini, walaupun kerajaan kononnya bertegas untuk menghukum orang yang menyebarkan ajaran selain Islam kepada orang Islam, namun orang Islam yang telah pun keluar dari Islam 'dibiarkan' tanpa dihukum berdasarkan hukuman Allah dan RasulNya. Semua orang yang beriman akan mengetahui bahawa hukuman bagi orang yang murtad ialah bunuh, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Siapa yang menukar agama (Islam)nya, maka bunuhlah dia" [HR Bukhari]

Malangnya para Menteri tidak pernah melaksanakan atau berusaha untuk melaksanakan hukuman Islam ini. Firman Allah SWT,

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”
 [TMQ Al-Maidah(5):50]

Wahai Kaum Muslimin! Gejala murtad dan penyebaran agama lain kepada umat Islam merupakan satu ancaman yang wajib dibendung dan harus dipandang serius kerana ianya melibatkan aqidah umat Islam. Peningkatan kes-kes murtad membuktikan bahawa undang-undang yang digunapakai pada hari ini tidak mampu menghalang ianya daripada terus berlaku.

Inilah padahnya apabila undang-undang ciptaan manusia yang sudah ternyata basi tetap mahu dihidang dan dipertahankan oleh para pemimpin yang ada. Undang-undang yang langsung tidak menghadirkan perasaan gerun di hati orang-orang yang ingin murtad atau pihak-pihak yang ingin memurtadkan umat Islam, ternyata akan gagal dan terus gagal dipandang dari aspek mana sekalipin.

Penegasan oleh Menteri Agama ini hanya sekadar berperanan meredakan perasaan umat Islam yang membara melihat  usaha-usaha pemurtadan umat Islam yang sedang diperkatakan.

Sesungguhnya hanya dengan pelaksanaan hukum Allah sahajalah yang akan dapat menyelamatkan dan mempertahankan aqidah umat Islam. Selagi hukum Allah tidak dijalankan, maka tidak hairanlah sekiranya Enakmen Pencegahan Murtad yang sedia ada atau yang akan diadakan, tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi kemungkaran.

P/s: fikirkan2 yerk...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari MANUSIA...

sumber :mykhilafah,berita harian

11 January 2012

antara idea lelaki dan perempuan mana paling best?

Assalamualaikum...alhamdulilah...

2012 dah tambah jumlah umur ku...hehehe....so bila dah bertambah jadilah shah makin MUDA...(perasan seh)..

oklah nak cerita sikit nie....

sejak 1/1/2012 entry shah hanya 1 sahaja...hari nie baru nak update...(kira baru dapat update)...sebelum nie shah agak bz sikit menguruskan kerja2 di Office..now baru free sikit...:)
memandangkan shah nie suka buat perkara luar biasa  yang mengkreatifkan ...so shah pun fikir nak ubah shah nye wall kat http://damiainas.blogspot.com/..

"bila buat kalau tak dapat idea...cofirm semua jadinya sampah...bila buat dapat idea cofrim jadinya pujian mengunung...(ceh..ceh...dah perasan pulak)...ok shah sebenarnya nak tunjuk hasil kerja yang tak seberapa kat korang,...n korang nilai sendirilah...

idea last yang buat shah teruja

idea mula2...rasa x menusuk jiwa shah

nie macam serabut jerkan ..ni hasil yang ke-2...
ni lah 3 design yang shah buat...tapi hasil yang terakhir memang puas hati...dah hanya 5 minit untuk di siapkan...berbanding 2 desgin yang disiapkan 2 jam...

oklah shah nak sambung buat kerja...bye..bye...

01 January 2012

happy new year 2012

Assalamualaikum..bismillahhirahmannirahim

Kehadiran tahun baru dalam kelender Masihi 2012 terlalu banyak menberikan impak kepada semua manusia..mereka sebuk memasang azam untuk merealisasikan impian sepanjang tahun baru...now me sekarang nie tak ada memasang azam sangat lah...

alhamdulilah sepanjang tahun 2011 beberapa impian dah dapat..first ialah IPHONE n  BEG NIKE serta DSLR...terima kasih kepada @TMY atas pemberian barang yang shah impikan...YES...shah bukan orang yang nak kan sesuatu akan minta..tapi bila dah ada yang memberi...itulah rezeki shah...

pengalaman 2011 banyak memberikan shah perjalanan yang baru dalam hidup..Ada suka dan duka, ada geram dan menyampah,ada membenci dan mengembirakan...walaupun semua perasaan ini berlaku..semua inilah nikmat yang dapat shah berlajar....

tak ada yang terbaik pembelajaran selain daripada pengalaman...:)


2012 shah ada merancang beberapa perkara..tapi tahun nie shah tak nak dedahkan apa yang harus shah buat...cuma shah berdoa agar impian dan rancang yang dirancang menjadi kenyataan serta dipemudahkan urusannya....AMIN....