22 August 2012

tips: menjaga otak....:)

" Belalulah sudah ramadhan, 
sebulan berpuasa, 
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira, 
anak muda dirantauan, 
semuanya pulang ke desa, 
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira......."

Ok2..memandangkan sekarang ni mood raya masih ditahap kemuncak...sure di luar sana ramai yang sebuk mengunjungi rakan taulan serta sanak saudara..ape2 pun aktiviti yang dilakukan, diharap semua berhati-hati yerk...

isk..isk...melalut dah ni..ok2...tajuk kat atas tu macam tak best..tapi kita amik info ni untuk dimanafaatkan dalam kehidupan hari...yelah kita dok jaga body jer terlupa pula nak jaga otak...hehehe...

terdapat 10 perkara yang perlu dititik beratkan bagi menjaga otak kita.


1. Tidak mengambil sarapan pagi 
- Otak merupakan oragan yang banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah. Ini menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. Telebih makan
- Makan yang berlebihan akan membuatkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Keadaan ini menyebabkan darah yang sampai ke otak menjadi penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

3.Menghidu udara tercemar
- Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusi. Menghidu udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan sel otak. Udara tercemar akan menyebabkan kerosakan sel otak. Udara tercemar juga daripada asap rokok, kereta, kilang dan sebagainya.

4. Tidur yang berlebihan
- Tidur baik untuk kesihatan otak. Tetapi, sekiranya tidur secara berlebihan akan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

5. Tidur dengan menutup muka
- Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Keadaan ini boleh menyebablan otak kekurangan oksigen.

6. Kurang berimaginasi
- Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurangnya berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

7. Jarang berfikir
- jarang berfikir menyebabkan otak menjadi lembap dan tidak aktif. Jadi, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja serta meningkatkan keupayaan otak kita.

8. Tidak membaca al- Quran
- AL-QURAN merupakan kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada badan termasuklah mengaktifkan otak dan menggalakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu. 

9. Merokok
- asap rokok sangatlah berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun yang boleh membunuh banyak sel otak.

10. Mengambil gula berlebihan
- Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga mengganggu perkembangan otak yang sihat.

sekian terima kasih

p/s: jagalah otak kita yerk...

12 August 2012

cik shah : ini betul2 bukan cobaan..

Salam...

Berkongsi kegemaran dan memasuki pertandingan itu adalah salah satu hobby yang x dapat dipisahkan...

Sejak pindah ke muar, masa shah selalu dihabiskan dengan keluarga, so kuranglah masa berpoya-poya dan tabiat giler kerja tu...hehehe...tapi bila dah balik muar, hobby lama pun timbul...

bermulanya cerita nie masa zaman sekolah, shah suka sangat memasuki pertandingan pidato,syarahan,forum,penulisan sajak,puisi dan pantun... shah dulu pernah mewakili pertandingan nie semua di peringkat zon dan daerah...nergeri!!! oh belum hebat lagi n tiada rezeki kot masa tu... bila memasuki pertandingan, shah akan rasa seronok...lagi- lagi kalau menang...ermmmm berlipat kali ganda lah shah masuk...

kenape shah suke masuk pertandingan nie semua ???? jawapanye, shah lalukan kerana hobby semata-mata, dulu shah ada dapat tawaran jadi model...ermmmm tapi semua tu diabaikan kerana beberapa sebab...

dunia popular di luar sana memang seronok, dulu cikgu ada gak suruh shah jd wartawan ler, pembaca berita ler...tapi shah takut nak jadi tu semua....yerlah malu ar...shah nie suke kerja belakang tabir, sebab shah rasa itu adalah kepuasan,

ops!!! terlebih melalut lak,..sebenar nye shah nak share 1 perkara..

wah tahniah...hehehe... x sangka ler...:)

posto from karangkaraf yang wat suprise jer...

thanks a lot...first time berjaya...:)

         

  

p/s : terima kasih daun keladi, insyallah shah akan join lagi...:)

09 August 2012

Hobby : mencabar diri melakukan hobby yang tidak digemari

 Selamat petang....

Percubaan pertama buat bruch...hehehe....mengigil tangan shah jahit....yelah seumur hidup x pernah nak menjahit...minat menjahit...ermmmm...langsung tak ada...cuma ada rasa perasaan nak mencuba jer...sejak try buat benda nie...rasa seronok menjahit...so dapatlah mengisi masa lapang dengan aktiviti nie...

cubaan petama...nak buat alah2 tema flower pentagon...
yang nie cubaan ke-3 ...alah2 pilow sikit..

yang nie pulak rekaan ke-2..yang tak tau temanye ape..kira pakai buat jer...heheh

inilah hasil semua nye....hehehe....comey ker?



03 August 2012

Kawan : Belajar mencari kejayaan

Salam..Selamat pagi..


Terlebih dahulu shah nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun nie. Semoga semuanya mendapat ganjaranan pahala berlipat kali ganda daripada tahun sebelum ni. Hari ni genap 14 hari umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan tidak lama lagi akan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga lebaran yang bakal tiba nanti dapat kita mengeratkan lagi silaturahim sesama umat. Amin

Setiap manusia pasti mendambakan kejayaan dalam kehidupanya. tapi sejauh mana kejayaan yang di inginkan menjadi milik kita. Sehubungan itu, kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Ketagori kejayaan bagi umat islam terbahagi kepada 2 iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

Entah bagaimana di mana dan siapa yang harus menjadikan kita sumber inspirasi, sedangkan Allah swt dah tentukan rezeki setiap ciptaanya.Dikala rakan seperjuangan sibuk mencari kerja disana sini. Shah pula sibuk untuk menyambung pelajaran. Bukan mengejar pangkat semata-mata, tapi dilakukan kerana fardu kifayah. 

Diluar sana, ramai yang berjaya menjadi seorang pakar it, deginer terhebat dan banyak lagi.Tapi semuanya bukan dikalangan orang beragama Islam. Kekuatan yang Allah swt bagi pada diriku, membuatkan aku bertekat untuk meneruskan cita-cita yang suatu ketika dahulu di simpan rapi. Walaupun tidak berbekalkan sumber kewangan yang kukuh, tapi shah yakin itu semua bukan alasan yang menjatuhkan semangat ini. 

Dilihat suasana kejayaan orang-orang eropah, kejayaan mereka seimbang dengan minat. Ya, bukan persoalan tetapi jawapan yang pasti menjadi kekuatan bagi mereka untuk berjaya. Tiada perkataan tidak dan tidak boleh dalam kamus hidup mereka. Lantaran itu, pastinya setiap langkah untuk berjaya menjadikan paksi mereka kuat. Sesungguhnya kenyataan Al-Quran itu benar

 " Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir,
dan mereka  memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal
orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari
kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya
tanpa batas ".... Surah Al- Baqarah :(212).

Berlari sana sini mencari sesuap nasi untuk memperbaiki kehidupan harian, keringat di perah untuk menperoleh kehidupan yang lebih baik. Doa dipohon untuk meminta bantuan Sang Pencipta. Itulah lumrah kehidupan manusia. Bila suara azan berkumandang, panggilan menuntut kita "marilah menunaikan solat dan marilah menuju kejayaan".

Ingat sebelum dilupakan dan terlupa, dek alpa dengan manifesto yahudi. Kejayaan bukan hanya dengan beroleh segulung ijazah, tetapi pengalaman dalam meneruskan sisa kehidupan dunia ini  itulah yang lebih bermakna. 

Melihat kejayaan di sekeliling buat kita inginkan juga inginkan kejayaan itu, tapi cara dan jalannya berbeza. Dek melihat kejayaan mereka, Shah teriak dihati untuk terus berusaha beroleh kejayaan yang menjadikan kerusi yang diduduki kini panas. Hari demi hari menghitung waktu untuk berjaya. 

Lumrah kehidupan. Apabila kejayaan dikecapi, pasti dikerumuni ramai teman dan taulan. Namun disebaliknya pasti ada musuh yang inginkan kejatuhan kita. 
 
" Sesungguhnya kepadaMu aku menyerah jiwa raga, memohon kejayaan
di dunia dan akhirat bagi menjamin kejayaan yang nyata, dikala aku diliputi
umat manusia lain, Aku memohon perlindungan dariMu."


p/s: shah pohon kepada rakan taulan yang berjaya, semoga mereka terus berjaya, shah akan doakan kejayaan kamu semua... <3 p="p">

01 August 2012

Pesanan kepada mereka yang bersumpah

" Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahanmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan islah di antara manusia. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui" Surah Al Baqarah ayat : 225

" Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahanmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Allah menghukum kamu disebabkan (Sumpahmu) yang disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi maha penyantun" Surah Al Baqarah ayat : 226