Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2014, saya mencoret cerita di sini. Sebelum saya mulakan cerita hari ini. Rasanya saya tidak terlambat untuk mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU ' kepada semua.Semoga tahun ini segala urusan dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
AL-FATIHAH., sedekahkan buat arwah Dato' Mazlan bin Sabari.
Beliau merupakan pemimpin yang sangat baik budi pekertinya, rendah diri dan sebagainya. Bukan untuk memuji beliau berlebihan, tetapi inilah insan yang membuatkan aku rasa kagum dengan dirinya. Namun pemergiannya Menghadap Pencipta disaat ni cukup terasa.
Saya mengenali beliau sewaktu melibatkan diri dengan beberapa acara di muar, beliau ini sangat baik. Ayah saya selalu menceritakan diri beliau, sehingga hati ini bertekad untuk menjadikan beliau idola. Beliau sangat pemurah, menderma, menyumbang keringat dan banyak lagi tanpa balasan. itulah beliau, saya bukan memuji menggunung. tapi hakikatnya itulah diri beliau.
Pernah satu hari, ayah cerita sikap beliau yang suka menderma. Beliau akan mengasingkan sebahagian hartanya untuk menderma, beliau tidak takut hartanya habis kerana menderma,malah sekiranya ada peluang untuk menderma, beliau akan terus mengulurkan bantuan tanpa berfikir panjang, baginya inilah peluang dan kesempatan yang Allah bagi untuk dirinya. Selain itu, baginya kekayaan yang diperoleh bukan miliknya. Malah milik orang lain juga. Oleh itu, beliau mewajibkan dirinya untuk menyumbang.
Selain itu, beliau bukan sahaja selalu menjadi imam. Mak juga pernah cerita yang dulu ayah beliau ingin menjadikan beliau seorang Tahfiz/ Ustaz..namun ketentuan Ilahi, sebaliknya beliau adalah seorang bisnessman
Itulah hikmah yang kita tidak lihat...sungguh indah perancangan Ilahi, dengan menjadikan beliau seorang bisnessman sangat bersesuaian, Oleh itu, ramai orang yang memerlukan dapat dibantu, Alhamdulilah.
Oklah sampai di sini sahaja cerita tentang beliau...Wasalam
P/S: " Buat baiklah sementara sempat, kerana kesempatan itu hanya datang sekali"
" Belanjakanlah hartamu ke jalan yang dituntut"
" Perancangan Allah itu sangat sempurna, Yakin lah bahawasanya Kekayaan yang dimiliki hanya
sementara..."