Assalamualiakum...
Kehidupan hari ini menjadikan aku sangat kuat...alam ipta merupakan impian dan cabaran hidup shah yang betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental..menagis dengan sikap segelintir pelajar yang kadang kala shah terfikir:-
1. Kenapa mereka bersikap demikian ?
2. Fikirkan mereka dengan cabaran hidup di luar sana?
Sedih tidak terkira dengan sikap mereka...Shah x mampu mengubah manusia itu..tapi bila melihat keadaan mereka..shah rasa sedih sangat...ancaman diluar sana semakin hebat...7 tahun berada didunia pekerjaan betul2 wat shah rasa berdiri di landasan utuh..betul kata staf kat ofice dulu:-
" kalau remaja melayu sekarang ini tau cabaran diluar sana, pasti mereka rasa keperitan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka mencari rezeki"
Shah bukan orang yang bijaksana...mencari ilmu di sini bukan mudah, banyak liku dan cabaran yang ditanggung sebelum ini...Bahu ini dipikul ilmu Allah bukan mudah...
Bila shah melihat orang kafir gah dengan kejayaan sana sini, jujur shah katakan cemburu didalam hati, shah tahu syurga mereka adalah didunia, tapi umat islam juga pernah berjaya didunia ini, kalau kita tidak berjaya? Macam mana kita nak tolong umat Islam yang ditindas..Kita sibuk mengatakan yang orang kafir itu kejam, pandai dan sebagainya...tapi mereka sedarkah yang umat Islam sendiri bersikap pasif.
Memang shah tak mampu sekarang ni nak tolong Umat Islam diluar sana.Shah hanya mampu berdoa kepada Allah agar mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman...bidang yang shah ambil ini sekurang2 nya suatu hari nanti dapat membantu umat Islam diluar sana...
Shah tak pernah rasa menuntut ilmu semata2 untuk keperluan atau kepuasan semata2. Sebaliknya ianya adalah satu tanggungjawab yang terlalu berat untuk dipikul..adakala shah rasa seperti hendak menagis sahaja...kerana tanggungjawab ini bukan mudah seperti disangka...
Shah bukan sempurn, tetapi impian dan cita2 menjadi asas shah berada disini sekarang, walaupun apa yang Allah aturkan untuk shah memang cukup sempurna..walaupun suatu ketika dulu shah pernah jatuh,menagis,menderita dan kelaparan...tapi itu bukan kegagalan...usaha tetap usaha...sekiranya diizikan Allah insyallah semuanya akan tercapai..." Kunfayakun"..
P/s: - jangan berbangga dengan apa yang ada, kerana kejayaan sekiranya tiada sumbangan seolah2 , menulis cerita tiada maksud, dan menyanyi tiada penghayatan...