Salam,
Menolong orang dalam kesusahan sememangnya perbuatan yang sangat mulia, apatah lagi jika melibatkan soal kewangan. Dalam situasi ini tidak ramai yang suka membantu. Namun pertolongan yang dihulurkan bukanlah bermaksud membeli atau menempah risiko. Ia hanyalah sekadar pertolongan menyambung bayar kenderaan kenalan kerana niat ingin menolong sekali gus mendapat kenderaan dengan mudah tanpa perlu melalui urusan dengan pihak berkuasa dan institusi kewangan.
Sebenarnya urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membantu. Untuk pengetahuan, urus niaga menyambung bayar kenderaan tanpa penukaran hak milik banyak mengundang masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan kenderaan asal meninggal dunia dan juga kecurian.
Waktu apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya kenderaan asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak penyambungan bayar kenderaan akan terlucut dengan serta-merta.
Keadaan akan menjadi lebih rumit jika tuan punya asal kenderaan meninggal dunia. Waris yang layak boleh mengabaikan apa jua surat perjanjian yang termenterai dengan tuan punya asal kenderaan sebelum itu dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa. Ternyata orang yang menyambung bayar tidak boleh berbuat apa-apa selain menyerahkan kenderaan tersebut apabila dituntut oleh waris, padahal anda yang membayar ansuran bulanan. tidak adil bukan?
Jika kenderaan itu dicuri atau mengalami kemalangan teruk, segala tuntutan ansuran hanya boleh dibuat oleh tuan punya kenderaan yang berdaftar sahaja dan jika ia melibatkan kerosakan teruk akibat kemalangan dan pelupusan kenderaan perlu dilakukan, maka pembayaran selepas ditolak baki pinjaman, hanya akan dibayar kepada tuan punya asal kenderaan oleh penanggung insurans.
Oleh itu, anda yang bukan tuan punya asal kenderaan walaupun sah dari segi perundangan dan perlindungan insurans tidak akan mendapat apa-apa bayaran.
Namun jika anda berniat untuk membantu kenalan, usahlah bimbang, jangan mengambil risiko besar dengan tidak menukar hak milik kenderaan. Cari jalan terbaik dengan menasihati tuan punya kenderaan asal untuk berbincang dengan institusi kewangan. Terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan. Lakukan penjadualan semula pembayaran atau peyerahan kenderaan kepada institusi kewangan sebelum tamatnya notis jadual keempat iaitu notis peringatan terakhir sebelum kenderaan ditarik
Pilih langkah yang selamat dan tidak merugikan anda. Janganlah mengambil risiko menyambung bayar kenderaan tanpa menukar hak milik kerana tiada sesiapa pun boleh meramal apa yang bakal berlaku di kemudian hari.
p/s: INGATLAH " BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"..
sumber : utusan malaysia : 11/3/2011
2 comments:
weh bguna ni...bgus jgk ko tulis..atleast aku tau...tq ur info heee
bagi seseiapa yg mengenali broker kereta bernama FIRDAUS BIN YAAKOB & NORAZMI BIN ADNAN,..minta tlg laporkan kepada balai polis berdekatan anda...berhati2 berurusan dengan mereka...modus kerja mereka dengan menjual kereta dengan cara sambung bayar tanpa persetujuan owner...mereka akan kelentong mengatakan punyai dokmen yg lengkap dr owner padahal semua dokumen itu adalah tulisan mereka sendiri..bagi FIRDAUS BIN YAAKOB ..kamu adalah bapak yg DAYUS..bagi makan anak kamu dengan duit yg haram...dan bagi FIRDAUS BIN YAAKOB..kami?kitaorang masih mencari KAMU..!!!
Post a Comment