Adakah anda sedang menghadapi kemurungan?
Kemurungan atau depresi kronik bukanlah satu kelemahan yang sepatutnya mendorong rasa rendah diri sebaliknya kemurungan adalah satu penyakit yang wajar diatasi. Gejalanya bermula sangat biasa seperti mudah marah, mudah tetekan, sukar mengawal emosi dan sebagainya. Kadangkala kita hanya mengabaikan saja gejala awal ini. Kita mengambil jalan mudah dengan menganggap itu hanya " kesan sementara" akibat letih. Seterusnya, kita tidak langsung mengambil langkah pencegahan seperti menghadiahkan diri waktu rehat atu berkongsi masalah dengan teman rapat mahu pun orang tersayang. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menjadi masalah besar malah ramai diantara pengidapnya yang mengambil jalan mudah seperti bunuh diridan tak kurang juga yang mengalami masalah mental akhirnya.
Mengenali tanda awal kemurungan
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan hairan individu tersebut, termasuk pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya.
Kemurungan adalah satu perkara yang wajar anda pandang serius. Ini kerana ia boleh mencetuskan perkara seperti berikut :-
1. Menjadi punca kepada masalah mental, gangguan emosi atau penyakit lain akibat terlalu tertekan.
2. boleh membaa kepada perkara tidak diingini seperti bunuh diri (selalunya berlaku di rumah) atau cenderung mencederakan diri sendiri.
3. Boleh menyebabkan gangguan personaliti, keruntuhan rumahtangga atau menjejaskan hubungan sisoal dengan jiran, rakan pejabat dan teman sekeliling
4. Hilang pekerjaan
Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 5 peratus atau 1.4 juta orang yang menghadapimaslah kemurungan peringkat kronik ini. Apa yang membimbangkan, sebilangan besar kes yang kenal pasti bermula dari usia remaja atau pertengahan usia (awal 40an). Kebanyakan kes juga berlaku dikalangan wanita dan purata kes adalah sama rata bagi setiap kaum di negara ini. Di antara punca mengapa wanita lebih cenderung untuk mendapat kemurungan atau depresi ini adalah kerana perubahan horman yang berlaku akibat kitaran haid, menopaus, kehamilan dan proses kelahiran anak. Faktor tanggungjawab yang lebih berat di kalangan wanita seperti bekerjaya yang masa yang sama juga seorang ibu dan isteri juga mampu membawa kepada keadaan ini.
Mengapa seseorang mangalami kemurungan?
Kemuruangan boleh berlaku di dalm keluarga
1. Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan.
CTH: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan perceraian ibu bapa
2. Penyakit kronik
CTH: epilepsi (sawan), asma, kenser
3.ciri-ciri peribadi
4. Penyalah gunaan dadah
5. Penggunaan ubat-ubatan tertentu
CTH: Steroid, ubat cegah kenser
Bagaimana mengenal pasti seseorang mengalami kemurungan?
Ciri2 kemurungan termasuklah:-
1, sentiasa sedih dan menagis
2. mudah tersinggung
3. tidak bermaya
4. tidak berupaya untuk menikmati aktiviti2 kegemaran
5. Rasa bersalah yang tidak menentu
6. Sakit2 badan
7. Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan
cth: sentiasa mengalami saki kepala, letih atau sakit perut
8. Mengasingkan diri daripada sahabat dan keluarga
9. Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.
Bagaimana membantu seseorang yang mengalami masalah kemurungan?
antara langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:-
menggalakkan individu tersebut untuk berbual dengan orang yang beliau percaya, seperti:-
1. ibu bapa
2. ahli keluarga yang dipercayai
3. kaunselor sekolah
4. guru agama
jadilah sahabat yang sentiasa memberi sokongan seperti:-
1. mendengar
2. menghiburkan hati
3. menasihati
memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan dari individu mendapatkan bantuan dari individu yang lebih berkelayakan:-
1. doktor
2. ahli psikologi
3. pakar psikiatri
Apakah yang akan berlaku sekiranya taiada bantuan diberikan?
terdapat banyak keburukan apabila kemurungan tidak ditangani, ini termasuklah :
KESAN KE ATAS FIZIKAL
1. masalah kurang berat badan atau masalah kegemukan
2. gangguan kitaran haid
3. anemia
KESAN KE ATAS PSIKOLOGI
1. Perasaan rendah diri
2. risiko untuk bunuh diri
KESAN KE ATAS SOSIAL
1. kualiti kerja tiada
2. kerap mengambil cuti
3. penyalahgunaan dadah atau minuman keras.
Depresi juga dalam jangka masa panjang mampu mencetuskan gangguan emosi dan turt mengganggu gaya hidup. Menurut Profesor Madya Dr. Roger Mclntyre MD, FRCPC dari UNIVERSITI TORONTO . Berikut adalah cetusan beberapa masalah lain yang berkaitan seperti:
- Diabetis
- maslah kebimbangan yang melampau dan sentiasa resah
- obesiti
- masalah kardivaskular seperti angin amar atau jantung
- migrain yang kerap
- ADHD (Hiperaktif)
- ganguan saraf
- rasa saki secara tiba-tiba
- penderaan kepada kanak-kanak atau ahli keluarga terdekat
- gangguan personaliti
- masalah makan secara berlebihan (binge eating)
Ubat antikemurungan
Ubat ini biasanya digunakan pada kemurungan yang serius. ia mengembalikan keseimbangan bahan kimia di kepala, puan akan menjadi normal setelah beberapa minggu penggunaan. jenis ubat antikemurungan yang dipreskripsikan berbeza mengikut individu mengambil kira sejarah terlampau, kesihatan serat keluarga.
secara amnya ubat anti kemurungan berkesan sekiranya anda:
- mengambil sebagaimana arahan
- memberitahu doktor sekiranya terdapat kesan sampingan
- mengikuti kesemua pelan pemulihan yang dinasihatkan oleh doktor.
2 comments:
nasib baik aku xpk jauh utk bunuh diri..huhu xmgkin..mintak jauh cah
Yerp...biasanya orang sekarang pasti akan mengalami masalah ini...alhamdulilah...sekarang pasti dalam kawalan kita...apa2 pun banyakan doa....
Post a Comment