09 March 2011

"kawan susah, susah untuk cari...kawan senang, tak perlu dicari"

"kawan susah, susah untuk cari...kawan senang, tak perlu dicari"

Sahabat, best friend, teman sejati atau apa-apa jua istilah perkataan ini,maksudnya tetap sama.hari ni aku nak kupas penyataan diatas bagi berkongsi pengalaman.bukan untuk menunding jari kepada sesiapa.sebaliknya hanya menjadikan penyataan di atas sebagai persoalan dalam berkawan agar kita berhati2

Ditipu kawan baik, kawan baik musuh dalam selimut dan banyak lagi kupasan cerita di dada akhbar mahupun bualan jalanan. " buat baik perpada-pada, buat jahat jangan sekali". inilah peringatan nenek moyang kita.pepatah yang mengingatkan kita agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara seharian. seharusnya dijadikan PRINSIP agar tidak ALPA tika mengejar POPULAR,KEKAYAAN, dan sebagainya....

"kawan susah, susah dicari"

A: aku susah sekarang ni.ko boleh ker tolong aku
kawan: urmmm...kenapa dengan ko
A: perniagaan aku ada masalah..aku nak sedikit modal
kawan: eh!!! macam mana boleh tak cukup modal?
A: kali ni aku dapat projek sikit jer...x boleh rolling lah...
Kawan : maaflah, aku tak boleh tolong...
A: Alah aku bukan nak pinjam banyak pun...
Kawan : banyak tak banyak. aku tetap x boleh bagi.
A: dulu masa ko susah..aku tolong...kali ni aku susah, tolonglah aku.
Kawan: tu kisah lama..x ada kena mengena..yang engkau baik hati tolong aku kenapa?
A: bukan kita sesama umat ISLAM harus tolong menolong
Kawan: ahhh!!! aku x peduli dengan semua tu...aku tak akan bagi...tak payahlah nak terhegeh-hegeh....

Dialog menjelaskan sikap manusia kini seperti itu. " kacang lupakan kulit". pepatah yang akrab untuk disampaikan. setiap individu pasti perlukan kawan. namun tidak semua kawan akan JUJUR dengan kita. kebanyakan diantara mereka mementingkan diri sendiri. bila susah..baru nampak kita...bila senang kitalah orang pertama yang dikutuk malah dibuang begitu saja. tiada ucapan TERIMA KASIH langsung bila mereka sudah berjaya..hanya cacian dan hinaan sahaja menjadi luahan kata-kata. kemana KEIKHLASAN?KEJUJURAN dan KASIH SAYANG....kerana kepentingan peribadi mengatasi semua ini..tiada nilai SAHABAT SEJATI. perhubungan silaturahim pun tidak dijaga...

Kadang kala...kita perlukan teman bukan untuk wang semata-mata...cukuplah dengan SOKONGAN MORAL...tapi kini...tiada lagi nilai semua ini..kehadiran kita pada dirinya hanya nampak menyusahkan..memberikan tekanan kepada mereka...tiada rasa simpati untuk menolong...LUAHAN kita bosan bagi mereka..seolah-olah kita adalah orang yang tak reti menyelesaikan masalah...

ingat!!!!

Ada kala emosi kita mengatasi kewarasan akal fikiran...so...bukan kita tidak tahu untuk membuat keputusan...sebaliknya buntu dikala terlalu emosi....semua ni lahir dari kesilapan dan kelemahan manusia itu sendiri...

"kawan senang, tak perlu dicari"

2 juta...10 bilion dan nilai harta yang berkoyan-koyan...menjadikan tarikan kepada semua orang diluar sana..

KAWAN: aku sedara engkau lah...blalalalahh...
A: Sejak bila kau jadi sedara aku...Setahu aku...engkau x ada pertalian darah dengan keluarga aku...
KAWAN: eh engkau kan orang ISLAM...aku kan orang Islam gak....SO kita sedara seISLAM TAU.....

DIALOG...yang menyakitkan hati bila terkena pada individu terlibat...bila dah berharta...x perlu cari kawan...tapi mereka yang datang kat kita...untuk apa mereka datang????HARTA,WANG n SEBAGAINYA....kepentingan diri sendiri perkara paling utama dalam agenda mereka...mereka ni dah tak ada rasa malu or bersalah langsung...hanya mementingkan KEDUDUKAN PANGKAT, NAMA dan sebagainya...menjadikan mereka berusaha gigih untuk mendapatkanya dengan cara merapatkan diri kat korang.setiap lakonan mereka mengalahkan PELAKON TERKEMUKA.sehingga mulalah aktiviti cabar mencabar dikalangan mereka...

"Syabas!!!lakonan hebat, boleh jadi PELAKON TERBAIK"

ayat yang menunjukan kemegahan apa bila menjatuhkan mana-mana pihak yang dikehendaki...bersosial dengan pergi ke CLUB, PEREMPUAN dan sebagainya menjadikan hiburan mereka untuk membutakan mata kita....membantu kita kononya menghilangkan tekanan....tapi yang bayar kos semua nie korang....ini mana kawan?MENJADI kebanggan apabila berjaya menguasai semua kekayaan yang menjadi idaman....

PERSOALAN

1. Kenapa semua ini terjadi?
2. Bagaimana kita mengatasinya?

Setiap apa yang berlaku dalam hidup ni....ada yang baik dan buruknya....mungkin sekarang nie kita akan nampak semua itu buruk...namun bagaimana dengan kebaikannya....Terlalu indah titipan perjalanan setiap manusia dimuka bumi ni....lantaran itu...seharusnya kita menjadi lah orang yang berilmu untuk terus meninggalkan semua ini....apabila ketandusan ilmu...pasti kita akan kecundangan dengan semua ini.....

P/S: Berhati2 disetiap langkah...mempercayai kawan boleh...namun jangan terlalu mempercayai...

sekian...








No comments: