Selamat Pagi...diharapakan semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu...
hari nie entri shah berkisah kesihatan...disebabkan menjaga kesihatan tu penting...tak kira lah kita nie mempunyai berat badan yang ideal or tak....apa yang penting kita kena jaga kesihatan....
"jangan ingat orang kurus tak boleh sakit dan jangan ingat orang gemuk itu berpenyakit"
BAWANG PUTIH (ALLIUM SATIVUM) - merupakan tumbuhan yang dikenali ramai kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit
- tergolong dalam keluarga Liliaceae dan juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah.
- kajian yang telah dijalankan, bawang putih boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik
1. TEKANAN DARAH TINGGI
- mengandungi bahan aktif (allicin) berupaya meregangkan saluran darah yang berada di bawah tekanan tinggi dan ini juga akan mencegah kerosakan saluran darah yang lain.
- allicin boleh menurunkan penggumpalan platlet darah, justeru menurunkan risiko trombosis (pembekuan darah dalam salur darah ) yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.
2. MASALAH PERNAFASAN
- bawang putih dikenali sebagai ramuan tradisional yang selamat dan berkesan dalam merawat lelah,bronkitis (radang paru-paru) dan masalah pernafasan lain.
- kandungan eter dalam bawang putih adalah kuat dan daya penembusnya adalah sangat tinggi sehingga boleh melarutkan mukus dalam sinus, saluran bronkial dan paru-paru.
- merupakan antiseptik dan pembunuh kuman yang berkesan
3. KENCING MANIS
- untuk penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi zat tertentu, yang terbukti meningkatkan metabolisme karbohidrat/gula.
- bawang putih juga kaya dengan kalium iaitu sebanyak lebih kurang 530mg bagi setiap 100gm.
- mempunyai zink,mangan dan sulfur dan ke semua galian ini dapat membantu dalam mencegah penyakit kencing manis.
4. PERMASALAHAN WANITA
- wanita sering mengalami kesedihan,kemurungan, sakit kepala dan loya yang biasanya disebabkan hormon dalam badan dan kedatangan haid.keadaan ini boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandugi bawang putih kerana ia akan merangsang pengeluaran haid.
- bawang putih merupakan penawar kepada masalah metritis (radang uterus) yang terjadi akibat kekejangan yang disebabkan oleh ketegangan otot akibat pengosongan uterus semasa kedatangan haid.
- bawang putih yang mengandungi faktor penggalak (thiamin) boleh merawat gejala muntah dan loya yang dialami oleh bakal -bakal ibu
5. TAHAP KOLESTEROL
- bawang putih juga berfungi untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini disebabkan kandungan sebatian fitokimia dalam bawang puith yang boleh mengurangkan kolestrol dalam darah dan menggalakkan tindakan imunisasi tubuh
kesimpulan yang , bawang putih merupakan makanan dan juga tumbuhan herba yang sangat berguna serta mempunyai pelbagai fungsi terapeutik.