14 May 2012

Ku ingin kamu

Fitrah manusia
tiada yang boleh berkata tidak
tiada yang mampu menghalang
tiada yang mampu mengubah

dikala seorang wanita mencari cinta
Cinta yang hakiki tetap dihati
Cinta hakiki tetap di perjuangkan
kerana cinta inilah yang akan berjaya kelak

naluri wanita 
mendambakan cinta lelaki
yang bakal membimbingnya
untuk mendapatkan cinta hakikiMU
kekali selamanya

langkah demi langkah
perjalanan wanita ini
terus mencari 
walaupun deritanya sukar digambar


kekuatan naluri wanita ini
berjuang mencari suami untuk berlindung
bagai duri sembilu
berbisa di dalam

pintu hati wanita sukar di buka
kuncinya hanya pada lelaki bernama suami
kunci khas untuk pintu hatinya
kunci yang diciptakan untuknya

jangan dirobek hati ini
jangan di letak racun
jangan dihancurkan dirinya
jangan di curah kebencian

kerana wanita inilah 
perjuangan dunia
menjaga zuriat untuk anak cucu adam
menjadi kekuatan dan kelemahan seorang suami

kekuatan seorang wanita bukan pada luaran
tapi kekuatanya tersembunyi didalam
yang tiada seorang pun tahu

tangisan dirinya bukan kekalahan
tangisanya bukan kerana kelemahan
tetapi tangisanya adalah kekuatan
akan digegar dunia tanpa disedari
itulah kekuatan seorang wanita sebenarnya



p/s: " sebelum 5 perkara ingat 5 perkara"
    





No comments: