22 May 2012

Fahdilat Rejab

Assalamualaikum...Selamat pagi


Hari ni 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H...Puasa,tingkatkan amalan dan banyak lagi...inilah peluang untuk kita meningkatkan amalan dengan setiap pahala digandakan...Insyallah...Tahun nie aku rasa kehadiran bulan Rejab memang dinantikan,. alhamdulilah hari ni adalah yang dinantikan..hari ni aku rasa tenang dan seronok sangat bila di berikan nyawa untuk terus hidup dan menghadapi kehadiran bulan Rejab..Rejab, Syaban  dan Ramadhan inilah tiga bulan yang ALLAH kurniakan kepada kita...


Oklah shah nak kongsi serba sedikit fadilat bulan rejab kepada semua :-

1 hari ~ seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi
2 hari ~ mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan di lipatgandakan pahalanya
3 hari ~ dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalang ke neraka
4 hari ~ diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal
5 hari ~ aman dari azab kubur
6 hari ~ dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
7 hari ~ Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya
8 hari ~ Allah membuka 8 pintu syurga baginya
9 hari ~ keluar dari kuburnya lalu menyeru " laailahaillallah" dan ditolak dia dari memasuki syurga
10 hari ~ Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian siratul mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian siratul mustaqim 
13 hari ~ Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3000 tahun
14 hari ~ Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10000 tahun
15 hari ~ Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100000 tahun
16 hari ~ dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga
19 hari ~ dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam
20 hari ~ Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya

~ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf ( ketika Al-Quran dinaikan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalan di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian siratul mustaqim

~ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika di sertai  dengan sedekah seumpama puasa 1000 tahun

~ Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji

~ setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari lebih cantik daripada matahari seribu kali

~ sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka

~ Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti

p/s: banyak lagi fadilat yang boleh kita perolehi sepanjang bulan rejab...SO jom ramai-ramai dapatkan pahala yerk:)

No comments: