12 March 2014

Bait buat MH370

Disaat hati girang meniti destinasi baru
dikala itu kerisauan singgah di minda
adakah semua sesempurnaan sudah tersedia
adakah kesemuanya berjalan dengan sempurna

Ruangan udara di diteliti
indah sungguh ciptaan Ilahi
Tiada rasa curiga dihati
Namun perjalanan itu menjadi penanti

Lafaz Bismillah diucapkan
Perjalanan ke destinasi kini bermula disini
Semuanya berpisah dari bumi
Meninggalkan kekasih hati yang disayangi

Kotak minda ternanti nanti destinasi
namun bukan itu yang terjadi
hilang tidak dapat di cari
ada di bumi atau di langit tidak diketahui

Hajat di pinta pada ilahi
membantu mencari kembali
entah kemana MH370 pergi
tiada kabar tiada tanda diberi

hati gunda gulana kembali
insan disayangi tidak ditemui
tiada tujuan destinasi duniawi  
namun perjalanan yang sukar di jejaki

perjuangan pencarian MH370 diteruskan
tekaan demi tekaan perlu dibetulkan
bantuan di beri tanpa kesudahan
entah bila akan ditemukan

kekasih yang disayangi
hanya ku harapkan engkau tabah
inilah ujian ilahi untuk mereka yang tabah
hikmah pasti akan menanti 
kembali kepada ilahi itu yang terbaik wahai kekasih ILAHI........

p/s: pray for MH 370....8/3/2014...




17 January 2014

Takziah buat keluarga Dato'Mazlan bin Sabari (Mantan timb. ketua UMNO Bakri)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2014, saya mencoret cerita di sini. Sebelum saya mulakan cerita hari ini. Rasanya saya tidak terlambat untuk mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU ' kepada semua.Semoga tahun ini segala urusan dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. 

AL-FATIHAH., sedekahkan buat arwah Dato' Mazlan bin Sabari. 

Beliau merupakan pemimpin yang sangat baik budi pekertinya, rendah diri dan sebagainya. Bukan untuk memuji beliau berlebihan, tetapi inilah insan yang membuatkan aku rasa kagum dengan dirinya. Namun pemergiannya Menghadap Pencipta disaat ni cukup terasa. 

Saya mengenali beliau sewaktu melibatkan diri dengan beberapa acara di muar, beliau ini sangat baik. Ayah saya selalu menceritakan diri beliau, sehingga hati ini bertekad untuk menjadikan beliau idola. Beliau sangat pemurah, menderma, menyumbang keringat dan banyak lagi tanpa balasan. itulah beliau, saya bukan memuji menggunung. tapi hakikatnya itulah diri beliau. 

Pernah satu hari, ayah cerita sikap beliau yang suka menderma. Beliau akan mengasingkan sebahagian hartanya untuk menderma, beliau tidak takut hartanya habis kerana menderma,malah sekiranya ada peluang untuk menderma, beliau akan terus mengulurkan bantuan tanpa berfikir panjang, baginya inilah peluang dan kesempatan yang Allah bagi untuk dirinya. Selain itu,  baginya kekayaan yang diperoleh bukan miliknya. Malah milik orang lain juga. Oleh itu, beliau mewajibkan dirinya untuk menyumbang. 

Selain itu, beliau bukan sahaja selalu menjadi imam. Mak juga pernah cerita yang dulu ayah beliau ingin menjadikan beliau seorang Tahfiz/ Ustaz..namun ketentuan Ilahi, sebaliknya beliau adalah seorang bisnessman

Itulah hikmah yang kita tidak lihat...sungguh indah perancangan Ilahi, dengan menjadikan beliau seorang bisnessman sangat bersesuaian, Oleh itu, ramai orang yang memerlukan dapat dibantu, Alhamdulilah. 

Oklah sampai di sini sahaja cerita tentang beliau...Wasalam

P/S: " Buat baiklah sementara sempat, kerana kesempatan itu hanya datang sekali"
       " Belanjakanlah hartamu ke jalan yang dituntut"
       " Perancangan Allah itu sangat sempurna, Yakin lah bahawasanya Kekayaan yang dimiliki hanya 
         sementara..." 


07 December 2013

Tiada yang hilang....

Assalammualaikum...

Tuai padi antara nampak, 
Esok jangan layu-layuan,
Intai blog ini antara nampak,
Esk jangan kita rindu-rinduan....

Kadang-kadang kita selalu terfikir bagaimana nak menulis cerita dan berkongsi cerita dengan kenalan rapat. Tapi sebenarnya kita tidak perlukan mereka untuk berkongsi cerita...

Allah s.w.t adalah teman rapat yang sentiasa berada disisi kita...Kadang -kadang kita lupa untuk berkongsi cerita denganNYA...namun itu lah lumrah manusia...


21 August 2013

Puisi Buat Sahabat

Disaat aku terlena
engkau mengejutkan ku
dikala aku lupa
engkau mengingatkan ku

tanpa bicara engkau hadir
tanpa meminta engkau memberi
oh indah sungguh jalinan kita
kasih yang terikat terlalu seni dibicarakan

sayu hati ini 
terlalu derita perasaan ini
namun inilah suratanya
kasih kita hanya sementara

aku pergi melangkah
meninggalkanmu tanpa bersemuka
terlalu berat pemergian ini
itulah realiti

sayang jalinan silaturahim 
membuatkan aku berdiri teguh
mencari kekuatan untuk bersemuka
mengukir semula kisah pahit manis kita

Ya Allah, 
peliharalah sahabat ku
lindungi mereka 
aku hanya mampu berdoa
memohon kesejahteraan kepada mereka

Berlari aku mengejar pelangi
indah di mata 
namun hilang bila di pegang

begitu juga kasih ku
aku hanya mampu merinduimu
namun tidak mampu memiliki
hanya indah pada penglihatan 

Sayang sahabat
sekiranya kasih kita sampai disini
aku memohon maaf
salah silap tanpa disedari


hayati lirik ni...

p/s: me n u


21 July 2013

Back to Home!!

Assalamualaikum...

Selamat semuanya ya:)
Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa sebarang berita...now shah cuba sedaya upaya untuk menulis disini..insyallah...