Rempah ratus terlalu banyak rahsianya...jom kita bongkar kasik semuaorang tau...hehehe
1. JINTAN PUTIH - herba ini mempunyai khasiat dalam pelangsingan.mengunyah
jintan putih dapat membantu meredakan rasa lapar yang dialami dan mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan manis seprti coklat n kek.

2.BIJI SAWI - dikenali sebagai " mustard seed" ini ada tiga variasi iaitu hitam, coklat dan putih. Di Malaysia, biji sawi berwarna hitam lebih muda didapati. Kaya dengan kandungan asid lemak Omega 3, kalsium, serat, zat besi, magnesium, fosforus, protein, selenium dan niasin. Selenium adalah di antara nutrisi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko serangan asma, arthritis dan tekanan darah rendah. ia juga mampu meredakan masalah penghadaman dan mempertingkatkan lagi metabolisme tubuh. Taburkan saja di dalam hidangan sayuran,sup atau telur hancur.

3. BIJI KETUMBAR - aromanya sangat membangkit rasa dan mampu memberikan
aroma "sejuk" secara semulajadi kepada tubuh. Sangat kaya dengan kandungan serat,magnesium,flavanoid dan zat besi. membantu mempertingkatkan fungsi penghadaman, melancarkan pernafasan serta kesegarannya juga dapat meningkatkan daya fokus.4.JINTAN MANIS - membantu melegakan kesihatan dalam badan. melancarkan aliran keluar haid, menggalakkan penghasilan susu badan dan membuang gas dalam usus. caranya dengan me ngamalkan minum setengah cawan air rebusanya setiap pagi. selain itu, jintan manis juga membantu membuang lemak di pangkal paha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air hingga mendidih, biarkan sejuk. amalkan meminum rebusan ini setiap pagi dan petang selama 4 minggu...

5. LADA HITAM - sangat beraroma dan mempunyai fungsi yang baik dalam memanaskan tubuh serta melancarkan sistem penghadaman. Kebaikanya sebagai 'agen anti-bakteria' menjadikan ia sangat bermanfaat dalam membantu mengurangkan gejala selesema dan batuk. Rasanya yang hangat itu membantu melegakan masalah anda itu. Campurkan serbuknya ke dalam sup atau gaulkan bersama bubur nasi. Kulit luar lada hitam pula mengandungi zat yang membantu pelangsingan.

6. BUAH PELAGA - sangat berkesan dalam membantu mengatasi masalah perut yang tidak selesa khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah angin dalam perut dan membantu proses detoksifikasi. aroma 'panas' di dalamnya juga dapat membantu mempertingkatkan aliran darah.

No comments:
Post a Comment