08 June 2011

TERUJA DENGAN :-SDROM-Saiful Nang (fotografi)

Siapa Saiful Nang?...korang kenal siapa beliau?????

“Saiful Nang dikenali sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia (Mediacorp Singapore, 2010) dan juga dilabelkan di antara 20 individu usahawan kreatif paling berjaya di Malaysia(Dewan Ekonomi, 2010).Beliau yang merupakan pengasas kepada kumpulan jurugambar terbaik negara, CandidSyndrome juga disenaraikan dalam TOP 10 OF MALAYSIAN segand
ing dengan nama-nama besar lain seperti Datuk Jimmy Choo, Datuk Seri Anthony Fernandes, Datuk Lee CHong Wei, Datuk Nicole Anne David, Datuk Misbun Sidek dan ramai lagi. (boleh klik web site nie untuk maklumat lanjut :http://saifulnang.wordpress.com)

inilah SAIFUL NANG


kerjaya sebagai fotografi semakin hebat diperkatakan...ramai fotografi disana sini ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan"....disebalik kehadiran mereka semua ini pasti ada orang yang memberikan tunjuk ajar dan motivasi bagi memberikan keyakinan untuk bertapak dalam bidang kegilaan ramai masa kini...

aku adalah insan yang tidak terkecuali....
walaupun aku seorang kakitangan kerajaan yang sentiasa terbeban dengan tugasan harian...namun minat dalam bidang ini memberikan aku kekuatan untuk berdiri mencuba....
YA!!!walaupun bidang ini dimonopoli oleh kaum Adam...tapi kini ramai juga dikalangan kaum Hawa menceburinya sebagai kerjaya sampingan...jadi tidak hairanlah yerk::::)

IMPIAN AKU
Secara jujurlah...Sewaktu kecil aku bercita-cita untuk jadi grafik design itulah cita-cita aku sehingga sekarang...minat mendalam terhadap bidang ini memberikan aku daya usaha untuk mengapainya walaupun agak sukar....aku terlalu mencintai dunia seni kreatif....suatu ketika dulu aku penah kecewa kerana tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang di minati ni....masa tu bagi aku dunia kreatif aku sudah berakhir....kesedaran mula timbul untuk berjaya dalam bidang ni memberikan aku kebangkitan semula....idea kreatif aku mungkin tidak sehebat SAIFUL NANG...namun mencari identiti sendiri dalam penghasilan photo yang diambil memberikan aku cetusan idea segar dalam bidang ini...

"Gengam bara biar jadi Abu"...prinsip yang terus menjadi penguat untuk aku...rintangan untuk dalami bidang ini terlalu sukar....Namun segala perjalanan dalam hidup ini telah diaturkan...lalu aku memasang azam untuk terus berjaya dalam dunia kreatif melalui jalan lain...aku berusaha mencari ilmu dalam bidang ini sedikit demi sedikit walaupun berhadapan dengan kekangan modal...tapi aku tetap gagahi jua untuk mendapatkan apa yang di idamkan...

DSLR - Nikon d3100 - inilah camera yang hanya mampu aku miliki selepas membuat simpanan selama 3 tahun lebih.....ALHAMDULILAH....dengan minat mendalam untuk terus mempelajari bidang nie aku gagahi....pergi ke kelas fotografi AMINUR RASYID (fotografi dari tangkak:http://www.arphotostream.com/)...memberikan aku lalu baru untuk terus berani bertapak dalam kerjaya ini....alhamdulilah...
SAIFUL NANG : merupakan orang yang sentiasa memberikan aku kuasa untuk terus berkarya...walaupun setakat ini tidak sekalipun aku menjejak kaki di seminar yang dianjurkan...namun aku tetap memasang azam untuk menjejakinya....kehebatan beliau menghasilkan gambar kreatif di setiap sudut, benar-benar menambat hati aku...aku suka hasil seni yang dilakukan...cukupalah bagi aku untuk mengikutinya di fb dan web rasmi beliau...

"kejayaan tidak datang bergolek dan keruntuhan kejayaan bukan utuh untuk di tumbangkan"

aku bukan seorang fotografi pro...tapi aku minat untuk menceburi bidang ini terlalu mendalam..aku berkarya bukan untuk mendapat keuntungan semata-mata...tapi cukup untuk menberi kepuasan dalam diri ini..namun sekiranya bidang sumber pendapatan ke2...ALHAMDULILAH syukur rezeki yang ALLAH s.w.t....

p/s: thank u kepada insan yang memberi peluang untuk aku berjaya dalam kerjaya ini...
keluarga-abg jamal-wan-cik farah-cik intan-my hubby- dan keluarga tercinta....




No comments: