01 October 2011

Hati seorang ayah...perlukah dijaga? (beringat sebelum terlambat)

Selamat Malam...

"Saya sayang ayah saya..saya kagum dengan ayah saya..saya hormat ayah...kalau ayah tak ada..saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya" 

Pernahkan anda semua terdetik merasakan perasaan ini? Apa yang ada buat untuk AYAH anda? Pernahkah anda terfikir siapa anda tanpa ayah? 

" Selagi ibu bapa kita ada..wajib kita menghormati mereka..kerana merekalah kita ada dimuka bumi"

Allah berikan zuriat kepada pasangan suami isteri dan zuriat itu wajib dijaga..tapi anak pula diberikan ibu bapa yang sebenarnya WAJIB untuk dijaga..so semua yang ada pada kita adalah wajib untuk dijaga dan dihargai

HATI SEORANG AYAH ...PERLUKAH DIJAGA????????????

Walaupun syurga anak dibawah telapak kaki ibu...bukan bermakna kita tidak perlu menghormati ayah..
Pengorbanan ayah mungkin tidak sehebat ibu (mengandungkan dan melahirkan kita) namun keringat mereka membanting tulang untuk menyara kita, memberikan keselesaan, kasih sayang,mendidik dan kelengkapan anak sukar untuk ditafsir dengan kata-kata...

HATI seorang ayah tidak serupa dengan hati ibu..Tangisan mereka turut tidak sama dengan tangisan seorang ibu..namun bukan kita (anak ) menilai dari zahir semata-mata...tapi nilailah dari HATI mereka...Tampak diluar ayah seorang yang kuat..namun HAKIKATnya mereka tidak sekuat mana pun...Ayah tidak akan menunjukan LULUH HATI mereka seperti seorang ibu....lantas REMUK hati mereka hanya diri sendiri yang tanggung...

Sekiranya Seorang ibu meninggalkan muka bumi ini...AYAHLAH pengganti paling hampir...oleh itu, janganlah menyakiti hati seorang ayah...kerana ia ibarat menyakiti hati seorang IBU...

Wajib sebagai seorang anak mendoakan ibu bapa meraka...INGAT!!!!!wajib menghormati....

" AYAH punca aku jadi macam ni...ayah punca ibu jadi macam ni..."

Siapa kita (anak) yang hendak menghukum Ayah sendiri? KESILAPAN? semua manusia pasti melakukan kesilapan...tak ada manusia yang sempurna...

Sudut apa yang kita boleh tuduh seorang ayah TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

1. Segala kelengkapan di sediakan
2. Sanggup berkoban masa untuk bersama dengan anak
3. Menjaga hati anak 
4. Menegur anak (untuk mendidik dan kebaikan)
5. Sanggup berhutang untuk memastikan anak makan
6. Menunaikan permintaan anak 
7. Mendoakan kesejahteraan anak meraka

Kalau semua perkara ini dilakukan oleh seorang ayah...ADAKAH LAYAK untuk mengelarkan mereka tidak bertanggungjawab? LAYAK KER? 

Sebagai anak...Perlukah kita berdendam dengan seorang ayah? Layakah kita untuk berdendam dengan AYAH? Adakah dengan DENDAM itu boleh menyelesaikan masalah? 

Seburuk mana pun kita (anak) pasti tiada sekumit perasaan DENDAM pun di hati mereka (ayah)...ADAKAH ADIL bagi seorang anak BERDENDAM dengan AYAH sendiri kerana kesilapan yang lalu?


FIKIRLAH SEBAGAI SEORANG ANAK...TENTANG PERASAAN SEORANG AYAH


LIHAT SENDIRI USAHA SEORANG AYAH UNTUK ANAK


INILAH SEBENARNYA SEORANG AYAH

Ingatlah bahawa hati seorang ayah perlu dijaga...bukan hanya MEMAKI,MENYALAHKAN,MEMPERTIKAI ATAU MENINGGIKAN SUARA kepada AYAH...


LAFAZ YANG TERSIMPAN DI HATI AYAH BUKAN UNTUK DI PERTIKAIKAN...

Sebagai anak...kita wajib menjaga nama baik kedua ibu bapa kita...sekiranya kita memperdagangan nama mereka...Ia dibaratkan membuka PEKUNG DI DADA....ingat maruah IBU AYAH adalah TANGGUNGJAWAB ANAK...

p/s: JANGAN MENYESAL BILA AYAH TIADA...KERANA MENYESAL KEMUDIAN HARI TIDAK BERGUNA...JANGAN FIKIR SAKIT HATI KITA (ANAK) KERANA PERBUATAN MEREKA OR KESILAPAN MEREKA...KERANA KEHIDUPAN INI ADALAH PUTARAN...

HARI INI KITA MENENGKING AYAH...ENTAH ESOK LUSA PULA KITA PULA KAN DI TENGKING...